28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Malaysia sedang bangun pelalian titis dalam mulut

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA dalam usaha membangunkan pelalian COVID-19 yang boleh dititiskan ke dalam mulut dan semburan hidung, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim.

Beliau berkata, pelalian kaedah itu dibuat sebagai pilihan untuk rakyat bagi sesetengah mereka yang takut dengan jarum dan enggan mengambil suntikan.

“Antara pembangunan yang sedang diusahakan termasuk pemberian vaksin secara oral dan semburan nasal,” katanya menjawab soalan tambahan Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) di Dewan Rakyat, hari ini, lapor BH Online.

Kah Woh dalam soalannya ingin mengetahui pembangunan vaksin yang dilaksanakan Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN), sama ada tertumpu kepada vaksin COVID-19 saja atau vaksin yang lain.

Ahmad Amzad menjelaskan, PPVN tidak tertumpu kepada penghasilan vaksin COVID-19 semata-mata tetapi turut membabitkan penghasilkan vaksin bagi penyakit lain.

Buat masa ini, beliau berkata, Malaysia mempunyai keupayaan menghasilkan vaksin haiwan.

“Berkaitan tempoh 10 tahun (PPVN) adalah daripada segi pembangunan kapasiti supaya dalam 10 tahun, kita ada kapasiti untuk menghasilkan sepenuhnya pengeluaran vaksin secara tempatan.

Ahmad Amzad berkata, pada masa ini ada beberapa calon vaksin yang sudah melepasi fasa praklinikal dan kini menjalani ujian terhadap manusia.

“Insya-Allah kalau melihat kepada tahap kajian yang telah dilaksanakan itu, sekitar 2024 kita ada calon vaksin COVID-19 yang pertama,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan asal Datuk Zakaria Mohd Ederis (PN-Libaran) berhubung perkembangan terkini PPVN serta Institut Genom dan Vaksin Malaysia, katanya, sebanyak RM349.9 juta diperlukan untuk pemerkasaan institut itu dalam tempoh empat dari tahun 2022 hingga 2025.

“Keperluan peruntukan ini untuk mengatasi jurang yang dikenal pasti dalam penghasilan vaksin sendiri, akibat ketiadaan makmal untuk melaksanakan kajian praklinikal dan klinikal yang menepati piawaian serta kesukaran untuk mendapatkan pakar klinikal, terutamanya mengawal selia kajian praklinikal dan kajian klinikal fasa 1 dalam manusia,” katanya.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan