25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Dua peguam positif Covid-19, prosiding rasuah Zahid Hamidi tangguh

Tarikh perbicaraan hari ini dilapangkan dan akan bersambung pada 22 Ogos ini.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan perbicaraan kes rasuah berhubung dana Yayasan Akalbudi (YAB) yang dihadapi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada 22 Ogos ini, berikutan dua peguam belanya dijangkiti Covid-19.

Peguam Aiman Abdul Rahman yang mewakili Ahmad Zahid memberitahu Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa peguam utama kes itu, Hisyam Teh Poh Teik dan Hamidi Mohd Noh dijangkiti Covid-19.

“Pihak kami sudah memfailkan surat kepada mahkamah pada 2 dan 3 Ogos lalu dengan menyatakan peguam Hisyam dan Hamidi dijangkiti Covid-19 dan kami mohon supaya tarikh perbicaraan hari ini ditukar kepada sebutan dan perbicaraan seterusnya pada 22 Ogos,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob tidak membantah perkara itu.

Advertisements

Hakim Sequerah kemudian berkata berdasarkan alasan yang dikemukakan pihak pembelaan, tarikh perbicaraan hari ini dilapangkan dan akan bersambung pada 22 Ogos ini.

Ahmad Zahid yang memakai baju kurta putih hadir pada prosiding hari ini.

Pada prosiding hari ini, Ahmad Zahid sepatutnya disoal balas pihak pendakwaan berhubung pertuduhan rasuah yang dihadapi Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Ahmad Zahid, 69, berdepan dengan 47 pertuduhan iaitu 12 pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik YAB.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan