26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Hormati pilihan politik Tengku Zafrul, banyak parti gusar

Penglibatan Tengku Zafrul merisaukan dan mewujudkan resah khuatir di kalangan kelompok tertentu.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PELANTIKAN Tengku Zafrul sebagai Bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor yang baharu mencipta minat di kalangan pengundi muda dan rakyat di Selangor.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata sebagai seorang tokoh perbankan yang diberikan ruang untuk berkhidmat sebagai Menteri Kewangan; pelantikan beliau pantas mencetuskan minat di media sosial.

“Ironinya, terdapat anggota parti politik tertentu yang berlebihan dan melampau dalam memberikan komentar dan pandangan.

“Ada yang kekurangan modal; sehingga mengaitkan persoalan “adab” dan “budi”.

“Barangkali, kerana adab dan budilah, Zafrul memilih Umno dan BN,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Reezal berkata, parti dan pentadbiran yang telah melorongkan Tengku Zafrul di tampuk dunia korporat selama ini.

“Naif benar pandangan dan perspektif politik; jika gagal melihat betapa akrabnya Zafrul dengan Umno dan BN selama ini.

“Agak janggal sebenarnya melihat kumpulan yang melontarkan pelbagai tuduhan dan perspektif negatif kepada Tengku Zafrul, merupakan mereka yang kononnya “demokratik” dan punya pandangan politik yang maju dan liberal.

“Sebagai seorang tokoh perbankan berjaya, piawaian dan nilaian politik Tengku Zafrul pastinya lebih kukuh dan berasaskan fakta.

Advertisements

“Jika asas dan akar keyakinan beliau bersama Umno dan BN; siapa sahaja yang mampu menidakkannya?,” katanya.

Beliau berkeyakinan bahawa Tengku Zafrul pastinya melihat inilah ruang dan peluang memberikan “khidmat” lebih baik kepada negara dan bangsa.

“Bukan platform dan medan politik yang lain. Adat sepanjang jalan; cupak sepanjang betung, penampilan wajah dan tenaga profesional seperti Tengku Zafrul akan mengukuh dan memperkuat Umno dan BN.

“Inilah yang merisaukan dan mewujudkan resah khuatir di kalangan kelompok tertentu.

Reezal turut mengaitkan pilihan wadah politik dengan soal “adab”; soal “budi” dan “jasa bakti” – ini hujah yang terdesak.

“Tengku Zafrul punya ruang seluas mungkin untuk menampilkan keperibadian yang baik; membalas budi dan jasa bakti kepada negara dan bangsa; bersama Umno dan BN.

“Sedikit pesan saya kepada Zafrul, dalam bahasa orang lama, “Jangan didengarkan siul ular” – tetapkan pendirian dan teruskan perjuangan dengan pilihan yang telah dibuat.

“Nawaitu berpolitik mestilah berasaskan keinginan; tika hujan, jadi tempat berteduh; tika panas, jadi tempat berlindung. Adab tidak wajar dinilai oleh mereka yang mempunyai sangkaan jahat dan busuk hati,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan