Thursday, June 4, 2026

251 pergerakan pesawat setiap hari di KLIA, KLIA2

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEJUMLAH 251 pergerakan pesawat direkodkan setiap hari secara purata di kedua-dua terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2, Sepang.

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berkata, angka tersebut direkodkan berdasarkan tempoh selama 16 hari terakhir pada bulan lalu.

“Secara keseluruhan, sebanyak 4,018 pergerakan pesawat dicatatkan dari 16 Julai sehingga hujung bulan lalu.

“Hasilnya, KLIA telah merekodkan sejumlah 2,137 manakala KLIA2 pula ialah 1,881 pergerakan pesawat.

“Sekiranya dihitung secara congak mudah, sebanyak 10 pergerakan pesawat dicatatkan setiap jam daripada angka keseluruhan tersebut yang melibatkan aliran di dua terminal berkenaan,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial media tadi.

Hab udara nasional itu sebenarnya boleh menampung sejumlah 108 buah pesawat untuk mendarat pada setiap jam atau purata 1.8 buah seminit melibatkan ketiga-tiga landasan serentak. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan