32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Perolehan aset gerak khas ikut spesifikasi, keperluan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SULTAN Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, bertitah perolehan aset komando mestilah dibuat mengikut kehendak dan keperluan yang diberikan oleh Gerak Khas, bukannya ditentukan pihak lain.

Ini kerana, Baginda yang juga Kolonel Komandan GGK, bertitah peralatan ketenteraan amat penting untuk pasukan Gerup Gerak Khas (GGK) mengalaskan tugas yang diberikan selain daripada kekuatan anggota.

Justeru, Sultan Johor mengingatkan Kementerian Pertahanan supaya jangan sesuka hati membuat perolehan aset untuk Gerak Khas tanpa merujuk Baginda.

“Jangan bazirkan duit kerajaan dengan menerima sahaja peralatan yang dijual oleh ejen pembekal sedangkan peralatan tersebut tidak sesuai dengan gerak kerja komando.

“Suka juga saya ingatkan kepada pihak kementerian, apabila membuat sesuatu perolehan aset, jangan lupa sediakan peruntukan untuk penyelenggaraan aset tersebut.

Advertisements

“Tidak guna membeli barang kalau tidak mampu dijaga. Cubalah bandingkan bot dibeli oleh komando sendiri dengan bot yang saya belikan, yang mana masih dalam keadaan baik? Dan yang mana sudah rosak tersadai di stor simpanan,” titah Baginda Tuanku Sultan menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sultan Johor bertitah demikian ketika berangkat sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-57 di Padang Kawad Markas 21, Gerup Gerak Khas, Kem Iskandar, Mersing (5 Ogos).

Berangkat sama, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Baginda bertitah, teguran yang dibuat itu bukanlah sesuatu yang baharu, namun perkara berkenaan masih lagi berlaku sehingga ke hari ini.

“Ingat pesanan saya.., saya berdiri di sini sebagai Kolonel Komandan Gerak Khas yang memikul amanah bukan sebagai patung untuk menghiasi upacara majlis sahaja,” titah Baginda.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan