31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

50 kenderaan mewah tiada AP bernilai RM11.4 juta disita

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 50 kenderaan mewah tanpa permit import (AP) bernilai RM11.4 juta disita dalam Op Bearing yang dilaksanakan bermula 15 Ogos lepas.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Mohammad Sabri Saad berkata, operasi yang berakhir esok itu memfokuskan kepada kenderaan import individu serta syarikat di sekitar Pelabuhan Klang.

“Sembilan daripada 50 kenderaan melibatkan motosikal berkuasa tinggi manakala selebihnya adalah kereta mewah dari pelbagai negara antaranya Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun,” katanya dalam sidang media di Wisma Kastam, hari ini.

Mohammad berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1957 kerana mengimport barang larangan di bawah Butiran 3 Jadual Kedua/Bahagian 1 Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 yang permit pengimportannya dibenarkan dengan syarat ia tertakluk permit import dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Baca juga:   Kastam tumpas cubaan seludup keluar dadah melalui kargo udara

Sehubunhan denhan itu, Mohammad Sabri menggesa orang ramai untuk membantu JKDM dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-8855 atau menghubungi pejabat JKDM terdekat di semua negeri. – BERNAMA

Wartawan

Terkini

Ikan buntal tidak dibenar dijual – KP Kesihatan

KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan ikan buntal yang mengandungi toksin berbahaya tidak dibenarkan dijual. Menurut...

Lagi Artikel Berkaitan