31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Pelajar dipukul senior buat aduan hisap vape

Sehingga pukul 3.30 petang ini, seramai 11 pelajar berusia antara 13 hingga 16 tahun yang tinggal di sekitar Bandar Chukai ditahan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

GARA-gara membuat aduan terdapat pelajar menghisap vape, tiga pelajar lelaki sebuah sekolah menengah kebangsaan berasrama di Bandar Kemaman, Terengganu dibuli dan dipukul sekumpulan senior dalam kejadian 23 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, ketiga-tiga mangsa terbabit membuat laporan polis pada 27 Ogos.

Menurutnya, laporan pertama dibuat pelajar berusia 14 tahun yang mendakwa dipukul sekumpulan pelajar sehingga menyebabkan gegendang telinga sebelah kanan pecah serta lebam di badan.

“Pada tarikh sama, dua lagi pelajar berusia 13 dan 15 tahun hadir ke Balai Polis Chukai turut membuat aduan mereka dipukul sehingga lebam di badan.

“Kesemua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan dan dirawat sebagai pesakit luar,” katanya dalam kenyataanhari ini.

Hanyan berkata, kejadian buli dan pukul itu berlaku dipercayai akibat perasaan tidak puas hati pelajar senior selepas mangsa dikatakan mengadu kegiatan menghisap vape kepada guru.

Advertisements

Menurutnya, sehingga pukul 3.30 petang ini, seramai 11 pelajar berusia antara 13 hingga 16 tahun yang tinggal di sekitar Bandar Chukai ditahan.

“Kesemua mereka yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah,” katanya.

Hanyan berkata, beliau berharap pihak pengurusan sekolah dapat memantau dan mengawasi kejadian seumpama itu supaya tidak lagi berlaku.

“Kita juga berharap pihak sekolah segera melaporkan kepada polis sebaik berlaku sesuatu kejadian buli sebegini,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan