34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Malaysia bakal terima pelaburan RM34 bilion daripada Ajlan Bros

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9


KONGLOMERAT Arab Saudi, Ajlan Bros Holding Group bakal melabur hampir RM34 bilion (AS$7.5 billion) dalam sembilan syarikat Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaburan itu adalah dalam sektor semikonduktor, perdagangan sosial, pertahanan dan hiburan.

“Ajlan Bros merupakan satu daripada konglomerat hartanah utama di Arab Saudi yang mengkhususkan dalam kediaman, perindustrian, komersial dan rumah gudang.

“Ia telah membuat pelaburan yang besar di lebih dari 25 negara dan memiliki aset bernilai lebih daripada AS$15 bilion serta hasil lebih AS$2 billon,” katanya

Terdahulu Perdana Menteri menyaksikan majlis menandatangani dan pertukaran perjanjian
persefahaman (MoU) di antara sembilan buah syarikat Malaysia dengan sebuah syarikat konglomerat Arab Saudi, Ajlan Bros Holding Group yang diwakili oleh Timbalan Pengerusi, Mohammed Abdulaziz Al Ajlan.

Syarikat-syarikat Malaysia yang terlibat ialah Dagang NeXchange Berhad (DNex), Aerodyne Systems Sdn. Bhd, National Aerospace & Defence Industries Sdn. Bhd. (NADI) dan Twistcode Technologies Sdn. Bhd.

Selain itu, CyberSecurity Malaysia, Malaysia Genomics Resources Centre Berhad, Meta Universe Sdn. Bhd, Light Up 7 Sdn. Bhd dan My Events Sdn. Bhd.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri Yaakob berkata, kerjasama ini membuktikan Malaysia kekal utuh sebagai destinasi pelaburan utama dunia yang turut menjadikan kesan pengganda kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Selain itu, kerjasama syarikat Malaysia bersama Ajlan Bros Holding Group ini juga berupaya meningkatkan daya saing syarikat tempatan untuk bersaing di peringkat global.

“Pelaburan berimpak tinggi ini amat penting bagi memacu negara serta seluruh Keluarga Malaysia pulih sepenuhnya daripada kesan pandemik COVID-19 dan krisis geopolitik yang menyebabkan ketidaktentuan ekonomi,” katanya. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan