26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

‘Buat masa ini saya sihat, baik, tenang’ – Najib

Menggunakan masanya untuk mencatatkan pendapat beliau untuk dikongsi menerusi media sosial miliknya.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Najib Razak yang kini dipenjarakan selama 12 tahun di Penjara Kajang memaklumkan bahawa beliau dalam pada masa kini berada dalam keadaan sihat, baik dan tenang.

Menerusi catatan yang dititipkan menerusi anaknya, Nooryana Najwa atau mesra dipanggilnya Gina, bekas Perdana Menteri itu berkata, dia kini menggunakan masanya untuk mencatatkan pendapat beliau untuk dikongsi menerusi media sosialnya.

“Gina (Nooryana Najwa) beritahu saya ramai yang bertanya khabar dan keadaan saya. Buat masa ini saya dalam keadaan sihat, baik, tenang. Alhamdulillah.

“Saya berpeluang berjumpa peguam dan keluarga saya mengikut masa yang dibenarkan.

“Bertanya juga mengenai perkembangan isu-isu semasa sambil berbincang mengenai urusan mahkamah,” katanya menerusi catatan dalam Facebook beliau, hari ini.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, catatan yang dikeluarkan itu mungkin akan terlewat namun memberitahu itulah dayanya yang ada.

“Mungkin akan ada kelewatan sedikit tetapi apa dayanya. Inilah sahaja yang saya dapat buat.,” katanya.

Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Najib untuk mengetepikan sabitan hukuman dan denda yang dikenakan terhadapnya berhubung penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan yang betul dan tidak terkhilaf apabila mensabitkan Najib terhadap tuduhan berkenaan.

Susulan keputusan itu, bekas Perdana Menteri itu diperintahkan menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Pada malamnya, akaun media sosial Najib kembali aktif dengan perkongsian menyentuh hati menerusi catatan beliau yang ditinggalkan di atas meja untuk keluarganya.

Perkongsian berkenaan mendapat lebih 244,000 reaksi, lebih 35,000 komen serta dikongsi sebanyak 15,000 oleh pengguna media sosial Facebook.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan