24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Wanita hina agama mengaku tidak bersalah, ikat jamin RM20,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita yang didakwa menghina agama Islam mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dikenakan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

Siti Nuramira Abdullah, 26, minta dibicarakan, selepas didakwa menyebabkan permusuhan dan kebencian di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Mengikut seksyen berkenaan, seseorang individu boleh didakwa jika cuba menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan, kebencian permusuhan, niat jahat, atau menjejaskan keharmonian atau perpaduan, atas alasan agama.

Sekiranya disabitkan atas kesalahan tersebut, Siti Nuramira boleh dikenakan hukuman penjara minimum dua tahun, tetapi tidak melebihi lima tahun.

Dalam pada itu, Hakim Siti Aminah Ghazali memutuskan agar Siti Nuramira dikenakan ikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin, dan perlu melaporkan diri ke Balai Polis Brickfields sebulan sekali sepanjang perbicaraan.

Selain itu beliau memerintahkan Siti Nuramira untuk menyerahkan pasport kepada mahkamah, selain mengenakan larangan ke atas wanita tersebut untuk membuat sebarang komen mengenai kes tersebut.

Advertisements

Semalam media melaporkan, Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, pihak PDRM telah menyerahkan kertas siasatan itu kepada Pejabat Peguam Negara hari ini untuk menuduh suspek yang berusia 28 tahun bersama teman lelakinya.

Menurut polis, kertas siasatan polis telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) pada hari ini dan telah mendapat arahan untuk menuduh suspek dibawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan manakala teman lelakinya pula akan dituduh dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, tular video berdurasi 54 saat memaparkan seorang wanita berpakaian sopan menanggalkan tudung dan pakaian ketika membuat persembahan stand up comedy (komedi solo) di sebuah kelab di TTDI, Kuala Lumpur, di sini.

Susulan insiden berkenaan, wanita berusia 28 tahun itu ditahan di Jalan Gasing, Petaling Jaya pada 9 Julai lalu dan direman selama tiga hari.

Manakala seorang lelaki dipercayai teman lelaki suspek turut ditahan selang sehari kemudian iaitu pada 10 Julai. Kedua-duanya ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan