28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Juala Rakyat Wilayah tawar harga ayam, telur lebih murah

Program Jualan Rakyat Mygrocer@Wilayah bakal menjadi tarikan warga Kuala Lumpur dan Labuan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TAWARAN ayam segar dengan diskaun RM3 seekor dan 50 sen dengan setiap pembelian 10 biji telur ayam gred B, bakal menjadi tarikan warga Kuala Lumpur dan Labuan menerusi Program Jualan Rakyat Mygrocer@Wilayah yang akan dilancarkan esok.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, program selama enam bulan itu dianjurkan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Labuan dan Yayasan Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata, Program Jualan Rakyat Mygrocer@Wilayah menawarkan barangan keperluan asas seperti ayam, ikan, sayur-sayuran dan barangan makanan kering pada harga lebih rendah daripada harga siling ditetapkan kerajaan.

“Program ini memfokuskan kepada jualan barangan sumber protein utama bersubsidi iaitu ayam dan telur ayam agar rakyat dapat berbelanja pada harga yang lebih rendah.

“Program ini akan dilaksanakan di setiap Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di Kuala Lumpur manakala di kedai-kedai yang dikenal pasti di Labuan melibatkan peruntukan berjumlah RM3.48 juta,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, program itu akan dilancarkan esok di PA Sri Johor, Kuala Lumpur dan ia menyaksikan lebih 147,000 penduduk di 61 buah PPR dan PA di Kuala Lumpur serta 19,000 penduduk dari kumpulan B40 di Labuan bakal menerima manfaat menerusi program itu.

Menurutnya, setiap penerima manfaat mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia.

“Malah, melalui program ini, setiap isi rumah dapat menjimatkan kos perbelanjaan barangan dapur sehingga 14.29 peratus bagi setiap pembelian satu ekor ayam dan 10 biji telur,” katanya.

Katanya, kerajaan serta Kementerian Wilayah Persekutuan komited mencari pelbagai kaedah untuk meringankan beban ekonomi Keluarga Malaysia dan mengurangkan kesan inflasi kepada rakyat secara umumnya. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan