30.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Kerajaan kaji subsidi ayam, telur Jun ini – Mohamad Sabu

Langkah itu dibuat bagi melihat samada meneruskan subsidi atau kaedah lain demi memastikan harga bahan mentah tersebut kembali stabil.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan mengkaji semula keperluan untuk meneruskan pemberian subsidi kepada penternak ayam dan pengeluar telur pada Jun ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, setakat ini sebanyak RM1.8 bilion subsidi telah diperuntukkan kepada penternak dan pengeluar terlibat dan ia dijangka meningkat melebihi RM2 bilion sehingga Jun ini.

“Menjelang Jun kita akan buatkan kajian untuk teruskan subsidi atau kaedah lain bagi memastikan harga bahan mentah tersebut kembali stabil.

“Itu yang sedang kita kaji, kalau sudah stabil apa perlu lagi subsidi dan berbelanja wang (subsidi) itu boleh digunakan di tempat-tempat lain yang lebih memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program Malaysia Madani: Perikanan Cukup dan Terjamin di Hutan Melintang, hari ini.

Advertisements

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya turut meminta Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) supaya melakukan pemeriksaan secara terperinci terhadap telur yang diimport dari India demi memastikan tahap kualitinya mencapai standard ditetapkan.

“JPV akan melakukan pemeriksaan segera dan sebarang maklum balas berkenaan perkara itu akan dilaporkan kepada kementerian,” katanya.

Semalam, Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dilapor menggesa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) supaya sentiasa memastikan telur yang diimport dari India diperiksa dengan sewajarnya bagi mengelak penjualan telur tidak berkualiti dan telah tamat tempoh.

Terdahulu, Mohamad melakukan lawatan di QL Foods dan Leng Wah Fishery bagi melihat perkembangan operasi penghasilan produk makanan sumber laut. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tak dapat cukup pendidikan?

Oleh DR ABD RAZAK ZAKARIA LAPORAN Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran dan pendidikan di Malaysia baru-baru ini sedikit memberi kesan...

Lagi Artikel Berkaitan