32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Mercy Malaysia aktifkan pelan kecemasan Turkiye dan Syria

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MERCY Malaysia mengaktifkan pelan tindak balas kecemasan untuk Turkiye dan Syria bagi memenuhi keperluan tempat perlindungan kecemasan, barangan sara hidup serta sokongan kesihatan kepada mangsa.

Presidennya, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata, pelan itu memerlukan pembiayaan sebanyak RM 10 juta untuk Turkiye sahaja manakala penilaian sedang dijalankan untuk menentukan program dan pembiayaan yang diperlukan Syria susulan kejadian gempa bumi di negara berkenaan.

“Pada 17 Februari lalu, kita mengerahkan 3.8 tan barangan bantuan termasuk ubat-ubatan, silinder oksigen, penumpu oksigen, monitor BP, ventilator bukan invasif, selimut haba dan beg tidur yang bernilai lebih RM 1.5 juta.

“Ia diletakkan dalam tempat perlindungan kontena yang akan dijadikan sebagai tempat tinggal sementara bagi sesetengah komuniti yang dipindahkan dengan kerjasama pasukan Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turki (AFAD),” katanya menerusi kenyataan di sini.

Advertisements

Jelas beliau, Mercy Malaysia juga telah mengerahkan 4.8 tan barangan bantuan segera seperti set generator, ubat-ubatan, selimut haba, beg tidur dan barangan makanan ke Syria melalui misi khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dijangka berlepas dari Pangkalan Subang pada petang Sabtu.

Konsainan awal menuju ke Syria katanya, bernilai RM200,000.

“Pengerahan bekalan kecemasan kritikal yang dilakukan oleh Mercy Malaysia akan diedarkan oleh kakitangan dan sukarelawan kami serta rakan kongsi tempatan kepada rakyat yang terjejas di selatan Turkiye dan utara Syria,” jelasnya

Advertisements

Terkini

Sistem eDKK dinaik taraf menjadi sistem bersepadu ANAK – Nancy

JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam proses menaik taraf Sistem Semakan Pesalah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Dalam Daftar Kanak-Kanak (eDKK)...

Lagi Artikel Berkaitan