34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Penunggang keempat maut, polis syaki nahas lumba haram

Ini menjadikan keseluruhan seramai empat maut dan tiga lagi masih menerima rawatan di hospital terbabit.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lagi penunggang motosikal disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu, di Georgetown, Pulau Pinang, awal pagi tadi.

Ini menjadikan keseluruhan seramai empat maut dan tiga lagi masih menerima rawatan di hospital terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, mangsa keempat yang meninggal dunia ialah Muhammad Harith Zikri Yusnizar, 17 tahun.

“Mohd Haziq bin Harris, 34, masih dirawat di zon merah akibat kecederaan di kepala manakala Muhammad Rahimi Shukor, 19 di zon kuning akibat kecederaan di muka dan kepala.

“Sementara Muhammad Shazwan Hafiz Mohd Abdul Sani, 22, juga dirawat di zon kuning akibat kecederaan di bahagian kaki, tangan dan muka.

“Kesemua mangsa yang terbabit nahas itu berasal dari Negeri Pulau Pinang dan Kedah,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu media melaporkan tiga penunggang motosikal yang terbabit dalam nahas itu maut di lokasi.

Mangsa yang maut itu ialah Muhamad Eizreel Muhamad Roszadi, 25, Ahmad Haikal Naif Ahmad Nazrul, 19, dan Mohd Syazwan Hakim Mohd Abdul Sani, 22, iaitu kembar kepada Mohd Syazwan Hafiz.

Advertisements

Ujar Soffian, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan pada jam 4.30 pagi membabitkan laluan di Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu menghala ke Pusat Bandar.

Menurutnya, kemalangan itu membabitkan beberapa motosikal yang disyaki menyertai aktiviti lumba haram.

“Beberapa penunggang motosikal dipercayai hilang kawalan dan merempuh antara satu sama lain.

“Dalam kejadian itu, dua kenderaan jenis Perodua Myvi dan Proton Waja turut dirempuh dari arah belakang oleh kumpulan penunggang motosikal berkenaan,” katanya lagi.

Ujar beliau lagi, sebelum kejadian, pihak polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dan pasukan trafik dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Timur Laut sudah membuat rondaan awal sebagai tindakan pencegahan aktiviti lumba haram itu.

“Perancangan bagi menangkap individu yang terbabit dalam lumba haram itu juga sudah diatur sebelum berlaku kejadian,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan