25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Pengantin dapat hadiah mesin basuh ‘masih hutang’

Video berdurasi satu minit 38 saat berkenaan dimuat naik dalam satu hantaran di Page Lawak Pecah Perut.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

NASIB pasangan pengantin punya rakan-rakan jenis ‘pedajal’. Masakan tidak apabila mereka dihadiahkan dengan sebuah mesin basuh yang cukup besar.

Lebih lucu terpampang jelas pada mesin basuh tersebut dengan perkataan ‘masih hutang’, bermakna pengantin kenalah sambung bayar peralatan tersebut.

Situasi tersebut dirakam di dalam video berdurasi 1 minit 38 saat dan dimuat naik di dalam Facebook Lawak Pecah Perut.

Dalam rakaman tersebut, terdengar suara seorang rakan yang memaklumkan lokasi kedai di Tanjung Karang, Selangor serta jumlah baki yang perlu dibayar oleh pengantin.

Video tersebut mengundang reaksi pelbagai dalam kalangan netizen termasuk ada yang memujij tindakan rakan-rakan berkenaan yang memberikan hadiah tanpa menjatuhkan air muka pengantin.

Menurut salah seorang pengguna Facebook dengan akaun bernama Zek Muhammad, beliau menyatakan rasa seronoknya sekiranya memiliki rakan-rakan seperti itu.

Bagi Faris Izudin Ismail pula, tindakan berkenaan adalah amat baik terutamanya membabitkan hadiah yang boleh dimanfaatkan oleh pasangan pengantin baharu.

“Bagus lagi sahabat bagi barang-barang macam ni dari bagi benda-benda tak berfaedah,” kongsinya.

Bulan lalu, pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun menasihati trend memberi hadiah kahwin memalukan yang kini tular di media sosial.

Asma’ berkata, jenaka lucah tidak sepatutnya dijadikan budaya kerana ia boleh memberi kesan kepada sesiapa yang melihatnya.

“Tular baru-baru ini satu video yang dimuat naik oleh sekumpulan lelaki yang menghadiri sebuah majlis kahwin.

Dalam video tersebut menunjukkan kawan-kawan pengantin lelaki sedang beratur memberikan hadiah, amat mengejutkan apabila hadiah yang diberikan membawa unsur lucah.

“Saya mohon, janganlah budayakan jenaka lucah sebegini, fikirkanlah apa kesannya kepada sesiapapun yang melihat,” katanya.

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan beberapa orang lelaki bertindak memberikan hadiah berunsur lucah kepada pasangan pengantin baru.

Video tersebut mendapat kecaman daripada netizen mahupun pendakwah bebas yang menyifatkan perbuatan itu sungguh memalukan dan tidak wajar dicontohi.

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan