32.4 C
Kuala Lumpur
Monday, November 28, 2022

Mat Ropi muncul juara kejohanan muay Thai antarabangsa

Mat Ropi berjaya menundukkan lawan dari Thailand, Penselek Racanun sekali gus dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PETINJU Kelab Muaythai Kuda Merah PDRM, Muhammad Rafi Abdul Manaf terus mencatatkan kejayaan apabila menjuarai Kejohanan Vitagold International Muay Thai Fight 2022 yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan, semalam.

Dalam satu hantaran di Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), Muhammad Rafi atau lebih dikenali sebagai Mat Ropi berjaya menundukkan lawan dari Thailand, Penselek Racanun sekali gus dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

“Bagi pihak Ketua Polis Negara (Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani), Timbalan Ketua Polis Negara (Datuk Razarudin Husain) dan seluruh warga PDRM, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas kejayaan yang dikecapi.

“Muhammad Rafi anda kebanggaan kami! Kongsi hantaran berkenaan hari ini.

Untuk rekod, Mat Ropi Singa Muda, peninju sensasi pilihan pantai timur dari Kelantan ini menunjukkan prestasi baik dengan rekod tanpa kalah dalam beberapa kejohanan antarabangsa sebelum ini sudah cukup bersedia menggalas nama PDRM.

Baca juga:   Najib kekal antara calon di Pekan, tiada nama anak Najib

Sementara itu, dalam hantaran di Facebook Muaythai Kuda Merah, organisasi berkenaan berharap agar kemenangan tersebut akan menaikkan semangat baru petinju PDRM.

“Alhamdulillah pecah muka lawan dan tahniah buat peninju no satu PDRM Mat Ropi Singa Muda Kuda Merah PDRM yang juga Ikon Anak Kelantan 2022 kerana telah memenangi kejuaraan di kejohanan International Vitagold malam Ini.

“Beliau juga telah terpilih sebagai Anak muay terbaik pada malam ini. Semoga dengan kejayaan ini menaikkan semangat-semangat baru petinju PDRM.

Baca juga:   Zahid bersyukur UMNO berjaya bangkit walau ditekan hebat

“Nantikan beliau di Kejohanan Kuda Merah Pada 5 dan 6 November 2022 Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur,” kongsinya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Bas ekspres rempuh treler, 16 penumpang cedera

SERAMAI 16 penumpang cedera ringan apabila bas ekspres dinaiki mereka merempuh sebuah treler di KM179.2 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah...

Lagi Artikel Berkaitan