23.9 C
Kuala Lumpur
Friday, December 9, 2022

ROS minta tambahan masa, perlukan 8 dokumen tambahan

Keputusan rayuan UMNO dijangka diketahui dalam tempoh seminggu hingga dua minggu lagi

Mesti Baca

JABATAN Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah meminta UMNO menyediakan lapan dokumen tambahan sebelum membuat keputusan berhubung rayuan parti itu untuk menangguhkan pemilihan sehingga selepas pilihan raya umum.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau menyedari apabila ROS memohon mendapatkan dokumen tambahan bermakna jabatan itu memerlukan masa tambahan untuk meluluskan permohonan UMNO atau sebaliknya.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak tidak menyalahkan ROS atau Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kelewatan keputusan rayuan UMNO tersebut.

“Oleh itu jangan salahkan ROS, jangan salahkan PM yang desak beri jawapan sebelum 16 haribulan (Julai), Dua-dua tak salah. Maklumat sebenar ialah bila ROS minta lapan jenis dokumen tambahan bererti tempoh 17 Mei iaitu permohoan pertama UMNO tak boleh dikira.

“Itu rasionalnya. Jangan salahkan kedua-dua pihak. Saya tidak mahu salah menyalah, kata ROS tak dengar cakap PM jangan sebut begitu. Apabola ROS minta maklumat tambahan itu kita beri sepantas mungkin tetapi bukan pada hari yang sama, kita beri lagi masa,” katanya.

Baca juga:   Siapa perosak sebenar UMNO akan diketahui juga - Annuar

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Wacana Inspirasi Ummah (WAU), Penerangan UMNO Malaysia di Dewan Sri Warisan, Bandar Baru Bangi hari ini.

Menjelaskan perkara itu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, mengenai tempoh 60 hari untuk diluluskan, bergantung kepada dua pandangan iaitu bermula pada 17 Mei iaitu tarikh UMNO menghantar permohonan, manakala pandangan kedua ialah dua minggu selepas surat diterima.

Baca juga:   Yoshihide Suga bakal PM baharu Jepun

“Oleh kerana permohonan ROS minta dokumen tambahan itu dianggap sebagai tambahan masa untuk mereka memberikan maklum balas. Saya jangkakan ROS memerlukan seminggu dua lagi untuk membuat keputusan,” kata beliau.

Ditanya mengenai laporan yang menyebut permohonan itu sudah diluluskan dan surat keputusan di atas meja Perdana Menteri, Ahmad berkata perkara itu mustahil kerana beliau sendiri belum menerimanya.

Katanya, urusan permohonan tersebut antara beliau selaku Setiausaha Agung UMNO dan Ketua Pengarah ROS dan beliau tidak menerima sebarang surat seperti yang dimaksudkan.

“Itu semua spekulasi. Saya sendiri belum menerima surat. Kalau surat itu sudah dihantar dan saya menerimanya itu baru dikira sah,” katanya.

Sementara itu, Ahmad turut yakin bahawa permohonan UMNO akan diluluskan oleh ROS kerana jabatan itu tidak mempuyai sebab yang kukuh untuk menolaknya.

Beliau berkata, para pemegang jawatan sedia ada masih sah dan bukan berstatus ‘caretaker’ atau penjaga dan ROS sendiri sudah mengesahkan mengenainya.

Baca juga:   Perwakilan setuju UMNO keluar dari kerajaan PN

Wartawan

Terkini

Anwar hantar notis tuntut Ahmad Amzad mohon maaf

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan notis tuntutan terhadap Datuk Ahmad Amzad Hashim supaya Ahli Parlimen Kuala Terengganu...

Lagi Artikel Berkaitan