29.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 30, 2022

Isu kos sara hidup antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ISU kenaikan kos sara hidup antara topik yang dijangka menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, soalan itu diajukan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) kepada Perdana Menteri semasa sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan.

Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Bersatu-Sabak Bernam) pula meminta Perdana Menteri menyatakan bilangan rakyat yang dikategorikan sebagai miskin tegar bagi tempoh 2020 hingga kini, serta langkah kerajaan bagi menghapuskan kemiskinan tegar.

Tumpuan juga dijangka terarah kepada soalan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) yang mengajukannya kepada Menteri Wilayah Persekutuan mengenai pelan jangka panjang dan pendek supaya Kuala Lumpur bebas daripada banjir, termasuk banjir kilat yang sering melanda apabila hujan lebat.

Selain itu, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) dijangka meminta Perdana Menteri menyatakan program dan formula yang akan dirangka kerajaan untuk meningkatkan kesedaran pengundi muda akan tanggungjawab mereka untuk keluar mengundi.

Baca juga:   Covid-19 ubah persepsi masyarakat terhadap sains - 3M

Isu mengenai Perang Rusia-Ukraine pula disentuh Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) melalui soalan yang diajukan kepada Menteri Luar iaitu langkah yang diambil kerajaan untuk membendung kesan secara tidak langsung peperangan itu khususnya kepada ekonomi.

Beliau juga bertanyakan mengenai usaha kerajaan untuk memastikan rantau ini tidak akan terlibatsecara langsung dalam mana-mana proksi yang akan memberi kesan buruk kepada negara.

Baca juga:   Elaun JKM, Impak pemansuhan UPSR, tumpuan sidang Dewan Rakyat

Selepas sesi soal jawab, mesyuarat itu bakal menyaksikan sama ada pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menggantikan Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said dapat dilaksanakan atau ditangguh buat kali ketiga.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 12 hari hingga 4 Ogos.


— BERNAMA

Wartawan

Terkini

Kerajaan negeri Johor bentang Belanjawan Johor 2023, esok

KERAJAAN negeri Johor akan membentangkan Belanjawan Johor 2023 secara langsung pada 9.30 pagi esok. Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz...

Lagi Artikel Berkaitan