28.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 3, 2022

Khairy syor kadar RMT dinaikkan sehingga RM5

Kadar RM2.50 di Semenanjung dan RM3 untuk Sabah, Sarawak dan Labuan masa kini tidak cukup untuk sediakan makanan berkhasiat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mencadangkan kadar Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bagi murid sekolah rendah dinaikkan kepada RM4 di Semenanjung Malaysia dan RM5 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata peruntukan Kementerian Pendidikan (KPM) sedia ada bagi RMT iaitu RM2.50 bagi murid di Semenanjung Malaysia dan RM3 di Sabah, Sarawak dan Labuan adalah tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan kos bahan mentah mengikut menu RMT.

“Ia bukan kesalahan KPM (kerana) peruntukan KPM tidak cukup. Ia juga berikutan peningkatan kos harga bahan mentah dan barangan lain dalam negara,” katanya selepas merasmikan Hematogenix Malaysia di Cyberjaya, lapor Bernama hari ini.

Khairy berkata, beliau akan mengemukakan syor supaya peruntukan KPM bagi RMT ditingkatkan kepada Kabinet bagi memastikan murid mendapat makanan berkhasiat.

Baca juga:   Bajet 2022 tumpu pemulihan dana - Tengku Zafrul

Menurut Khairy, berdasarkan pemantauan kepatuhan menu program RMT yang dijalankan Bahagian Pemakanan KKM dari Januari hingga Jun lalu, hanya 61 peratus sekolah dipantau mematuhi menu RMT.

Beliau juga berkata, KKM akan mencadangkan supaya bantuan RMT terus diberikan kepada kanak-kanak dari kumpulan miskin tegar iaitu seramai 789,902 orang.

Mengenai Hematogenix Malaysia, Khairy berkata, ia adalah makmal bertaraf antarabangsa yang memberi tumpuan pada penyelidikan klinikal terutama bidang kanser.

Katanya, makmal itu memberi satu nilai tambah kepada KKM kerana boleh digunakan bagi tujuan diagnostik dan saringan kanser di Malaysia, selain bertujuan menghantar sampel hasil daripada penyelidikan klinikal yang dijalankan di negara ini.

Baca juga:   Ibu bapa lega sekolah dibuka berperingkat mulai 15 Julai

Hematogenix berpusat di Chicago, Amerika Syarikat dan mempunyai tiga cawangan iaitu di United Kingdom, China dan yang terbaru di Cyberjaya bagi rantau Asia Pasifik meliputi pasaran Jepun, Australia, New Zealand, dan Korea Selatan.

Wartawan

Terkini

Sepasang suami isteri bawa dadah lebih RM9.5 juta ditahan

SEPASANG suami isteri berusia 26 dan 28 tahun ditahan bersama dadah jenis syabu bernilai lebih RM9.5 juta di Kampung...

Lagi Artikel Berkaitan