31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

KPM tidak berkompromi isu kualiti makanan RMT – Radzi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan berkompromi dalam isu berkaitan kualiti makanan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Sehubungan itu Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mengarahkan siasatan dijalankan berhubung aduan warganet berhubung makanan RMT yang mengecewakan.

“Saya memandang serius dakwaan tersebut dan telah arahkan supaya siasatan lanjut dibuat, termasuk mengenalpasti sekolah yang terlibat,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Beliau mengulas kekecewaan seorang warganet menerusi media sosial berhubung kualiti makanan RMT yang diterima cucu saudaranya iaitu sekadar nasi putih dan kuah.

“Sadis betul. Makanan apa yang diberi untuk budak-budak sekolah? Adakah peruntukan RMT terlalu sedikit sampai pengusaha kantin beri makanan begini kepada budak-budak?,” dakwa pengguna tersebut.

RMT ialah bantuan pemberian makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah bagi memperbaiki keadaan kesihatan, fizikal dan amalan pemakanan.

Berdasarkan maklumat dalam laman web KPM, setiap murid akan diberikan bantuan makanan dengan kadar RM2.50 seorang selama 190 hari bagi Semenanjung manakala untuk murid di Sabah, Sarawak serta Labuan, kadarnya ialah RM3 untuk tempoh yang sama. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan