31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Waspada taktik scammer tawar khidmat mohon MyKad- JPN

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) meminta orang ramai berwaspada dengan taktik terkini sindiket penipuan yang menggunakan media sosial bagi menawarkan perkhidmatan mendapatkan kad pengenalan.

Ini kerana ada pihak-pihak tidak bertanggungjawab kebelakangan ini menggunakan media sosial untuk tujuan penipuan tersebut.

Menerusi hantaran status JPN di laman Twitter, berkata, admin nampak ada page Facebook yang menawarkan khidmat permohonan kad pengenalan

“Jadi admin nak pesan yang Jabatan Pendaftaran Negara tidak pernah melantik mana-mana ejen atau wakil untuk menjalankan urusan pendaftaran,” tulisnya ringkas.

JPN turut mengeluarkan makluman supaya orang ramai jangan mudah tertipu dengan tanda pagar #AmbilTAHUJanganDITIPU.

Laporan mengenai pemalsuan dokumen pengenalan diri boleh disalurkan melalui https://jpn.spab.gov.my.-Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan