31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Harga minyak masak botol di peringkat peruncit menyusut

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HARGA minyak masak botol di peringkat peruncit kini mula merekodkan penyusutan, susulan penurunan harga minyak masak mentah (CPO) di pasaran sehingga mencecah paras RM3,814 semalam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pengusaha memaklumkan bahawa minyak masak tulen kemasan botol 5kg sudah dijual pada harga RM39 di peringkat peruncit, berbanding RM45 pada bulan lalu.

“Kali terakhir paras rendah sebegini direkodkan adalah pada Julai 2021, manakala kadar tertinggi menjangkau RM8,076 dicatatkan pada Mac tahun ini,” katanya menerusi Facebook beliau selepas mengadakan lawatan turun padang ke premis pemborong, Chan Era (M) Sdn Bhd, di Sibu hari ini.

Beliau berkata, pengurangan harga sebanyak 13 peratus ini adalah hanya permulaan, memandangkan unjuran pasaran menunjukkan pola penyusutan harga berikutan kesan harga CPO akan terus berlaku.

“Mengikut simulasi KPDNHEP sebelum ini, kadar CPO semasa (RM3,814.50) sepatutnya menyebabkan harga minyak masak botol 5kg dipasarkan di peringkat peruncit sekitar RM30.65.

“Bagaimanapun, ‘reflection’ atau kesan langsung daripada pola penurunan harga CPO dilihat berlaku amat perlahan.

“Sehubungan itu, Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi memberi penegasan kepada industri supaya sebarang penyusutan harga CPO wajar memberi kesan langsung kepada harga minyak masak botol di peringkat peruncit.

“Jangan ada pihak yang cuba melengahkan perubahan harga mengikut CPO ini, dengan alasan kerana nak menghabiskan stok bekalan lama,”katanya.

Nanta berkata, berdasarkan libat urus bersama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), beliau dimaklumkan bahawa usaha untuk menukar penetapan harga pembelian buah tandan segar (BTS) mengikut mingguan, berbanding bulanan ketika ini giat dijalankan.

“Menerusi usaha ini, sebarang kesan langsung harga dapat dilihat dalam purata seminggu hingga seminggu setengah, berbanding dua hingga dua bulan setengah sekarang.

“KPDNHEP akan terus mengadakan libat urus, selain menjalin kerjasama dengan pihak, kementerian dan agensi berkaitan demi memastikan hak pengguna terjaga serta mengimbangi kepentingan industri,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan