Sunday, June 14, 2026

Pencemaran Sungai Langat, Sungai Kabul boleh jejaskan LRA

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA insiden pencemaran sumber air di Sungai Langat dan Sungai Kabul dikesan berlaku minggu ini, yang berpotensi menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) di Lembah Klang.

Perkara itu dihidu menerusi rondaaan dan pemantauan selama 24 jam yang dilaksanakan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

LUAS memaklumkan pihaknya mengesan tompokan seakan minyak dalam insiden pertama di Sungai Langat, Selasa lalu.

“Ia berpotensi menganggu operasi LRA Semenyih 2, Bukit Tampoi dan Labohan Dagang dengan jarak dengan lokasi kejadian antara 7.38 hingga 31.18 kilometer (km).

“Siasatan LUAS ke beberapa lokasi termasuk Kampung Sungai Tangkas dan beberapa premis serta tapak kerja tanah tidak menemui sebarang kesan tompokan atau bau abnormal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas LUAS, pencemaran kedua pula dikesan di Sungai Kabul semalam melibatkan bau seakan cat sebanyak dua ton dengan keadaan fizikal air kelihatan putih dan kehijauan di sungai tersebut.

Justeru katanya, tindakan nyah bau telah dilakukan dengan meletakkan enam beg serbuk karbon tTeraktif dan pensampelan air sungai.

“Siasatan di lokasi premis pembinaan yang disyaki menemukan bau seakan cat di udara namun tiada sebarang bau pada eluent pencucian tersebut.

“Aliran di sungai itu selepas premis juga didapati tidak berbau dan tiada warna kehijauan dan keadaan air adalah normal,” ujarnya.

Bagaimanapun, LUAS berkata, tiada gangguan operasi LRA dilaporkan selepas kedua-dua insiden tersebut berjaya ditangani dengan segera bersama agensi-agensi lain.

“LUAS memantau rapi status dua insiden itu dan meneruskan pemantauan tanpa henti bagi memastikan kelangsungan sumber air Selangor sentiasa terpelihara,” tegasnya. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan