32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Lelaki positif dadah bakar rumah jiran

Mangsa yang berusia 75 tahun berada di dalam rumah itu bersama isterinya sebelum menyedari api sedang membakar sebahagian kediaman mereka

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEPASANG suami isteri warga emas berhadapan detik-detik cemas apabila terselamat daripada rumah yang terbakar, dipercayai akibat perbuatan khianat jiran.

Dalam kejadian di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, Kelantan, pada jam 4.30 pagi tadi, mangsa yang berusia 75 tahun berada di dalam rumah itu bersama isterinya sebelum menyedari api sedang membakar sebahagian kediaman mereka.

Menurut Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah, sebelum kejadian, mangsa ternampak kelibat seorang lelaki yang juga jirannya membaling satu objek disyaki bahan api ke atas bumbung rumahnya.

“Tindakan ini menyebabkan rumah mangsa terbakar dan hangus secara keseluruhannya serta mengalami kerugian yang dianggarkan sebanyak RM350,000.

“Susulan itu, bertindak hasil risikan, anggota kami menahan seorang lelaki berusia sekitar 30-an yang juga jiran mangsa yang disyaki terbabit dalam kes ini,” katanya hari ini.

Amran berkata, ujian saringan yang dibuat mendapati suspek positif methampethamine dan permohonan reman akan dikemukakan esok bagi membantu siasatan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan (KK) atas kesalahan melakukan khianat dengan api dengan niat hendak membinasakan rumah.

“Siasatan menyeluruh akan dibuat termasuk mengetahui motif kejadian,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan