36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Pusat hiburan saji GRO warga asing diserbu Imigresen

Pusat hiburan berkenaan menawarkan khidmat GRO warga asing dengan kadar harga RM100 hingga RM1,000.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BARU sebulan beroperasi, pusat hiburan yang menyediakan perkhidmatan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing di kawasan Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), semalam.

Unit Operasi dari Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Ibu Pejabat Imigresen Malaysia Putrajaya telah menyerbu pusat hiburan berkenaan kira-kira pukul 11.30 malam dengan kekuatan seramai 39 orang pegawai.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, dalam operasi tersebut, pihaknya menahan seramai 166 orang warga asing terdiri daripada sembilan lelaki dan 133 wanita warga Thailand, seorang lelaki dan 12 wanita warga Vietnam, dua perempuan warga Laos, enam lelaki warga Bangladesh dan tiga perempuan warga Indonesia.

Menurutnya, hasil risikan mendapati premis berkenaan dikunjungi ramai pelanggan yang terdiri daripada warga tempatan.

Warga Thailand, Vietnam, Laos dan Indonesia yang dijadikan GRO ditahan Imigresen. – Sumber: JIM

“Semasa serbuan, pusat hiburan tersebut penuh dengan pelanggan yang sedang berhibur. Terdapat cubaan melarikan diri dan provokasi daripada GRO, pekerja dan pelanggan semasa serbuan dijalankan.

“Namun situasi dapat dikawal tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Pusat hiburan ini dipercayai baru sahaja beroperasi pada 5 Jun lalu dan menawarkan khidmat GRO warga asing dengan kadar harga RM100 hingga RM1,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Khairul Dzaimee lagi, pelanggan boleh membeli selempang dengan tanda harga tersebut dan memilih gadis GRO dengan menyarungkan selempang mengikut pilihan kadar harga pada selempang yang dibeli.

Menurutnya, antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, dan lain-lain kesalahan.

“Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan