26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Mat Kilau dan pengikut berkubu sehingga ke Dungun

Mesti Baca

MUNGKIN ramai yang tidak mengetahui bahawa Mat Kilau pernah melarikan diri dan berkubu di Dungun, Terengganu ketika menentang penjajahan Inggeris pada tahun 1890-an dahulu.

Ini dibuktikan apabila terdapat sebuah kubu yang dinamakan Kubu Mat Kilau yang terdapat di Kampung Padang Jerangau, Pasir Raja, Dungun.

Dihitung daripada jarak antara Pulau Tawar, Jerantut, Pahang iaitu tempat di mana Mat Kilau Iman Rasu dilahirkan dan berjuang menentang penjajah dengan Pasir Raja, Dungun bukan satu jarak yang dekat, namun itulah kegigihan Mat Kilau dan para pengikutnya.

Mereka dipercayai menggunakan laluan hutan melalui Kuala Lipis — satu lagi kubu Mat Kilau di Kampung Budu, Kuala Lipis — sebelum sampai ke sempadan Terengganu seterusnya berkubu di Padang Jerangau.

Menurut Rakan Sejarah Dungun dalam Facebooknya, Kubu Mat Kilau itu merupakan tinggalan sejarah bangsa dan simbol perjuangan pahlawan tersebut.

Baca juga:   KUMMB teruskan legasi Utusan Melayu, buka saham kepada ahli keluarga

Kubu tersebut menjadi lokasi perlindungan dan pertahanan Mat Kilau bersama para pengikutnya selain tempat mengatur strategi untuk menyerang kembali penjajah.

Binaan kubu Mat Kilau menggunakan timbunan tanah yang kini masih dapat dilihat di Dungun, Terengganu.

Kubu bersaiz 14.6 meter lebar dan 17.2 panjang diperbuat dari timbunan tanah.

Terdapat dua binaan yang digunakan sebagai tempat pengawal bertugas untuk memantau pergerakan musuh.

Kubu yang boleh memuatkan kira-kira 50 orang di dalamnya suatu ketika dahulu kelihatan masih elok tetapi mula mengalami hakisan disebabkan faktor alam dan usianya yang sudah menjangkau lebih 120 tahun.

Baca juga:   KUMMB teruskan legasi Utusan Melayu, buka saham kepada ahli keluarga

Kubu yang berjarak kira-kira 55 kilometer dari Plaza Tol Bukit Besi, Lebuh Raya Pantai Timur Kedua (LPT2) itu sering menjadi lokasi kajian bagi pengkaji sejarah, orang ramai dan pelancong.

Sehubungan itu, Rakan Sejarah Dungun amat berharap pelbagai pihak dapat menghidupkan kawasan tinggalan warisan sejarah dan perjuangan bangsa itu dengan menganjurkan pebagai aktiviti.

Antaranya program bicara sejarah, gotong-royong, jejak warisan, membaik pulih kubu, memasang papan informasi dan lain-lain dalam usaha mengingati dan memartabat kembali perjuangan pahlawan terbilang itu membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah itu. – Edisi 9

Terkini

PM jamin ambil tindakan agresif, selamatkan rakyat Malaysia

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan kerajaan akan mengambil tindakan terbaik bagi menyelesaikan isu pemerdagangan manusia...

Lagi Artikel Berkaitan