24.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 2, 2023

Lebih 380 jemaah haji terkandas di KLIA

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LEBIH 380 jemaah haji dilaporkan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi berikutan dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

Difahamkan, kesemua bakal jemaah itu datang daripada seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak gagal berlepas ke Tanah Suci selepas tidak mempunyai dokumen perjalanan lengkap seperti visa dan passport.

Kesemua mereka yang berkumpul di Aras 5 Balai Kelepesan KLIA untuk menunaikan Rukun Islam kelima di Tanah Suci dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan ibadah itu dan tidak melalui Tabung Haji (TH).

Ketika ini, sebahagian jemaah telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan sedang menantikan tindakan seterusnya daripada pihak berkuasa.

Sementara itu, sebanyak 17 laporan polis telah dibuat jemaah Haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) daripada penerbangan ke Jeddah, Mekah pada Khamis.

Baca juga:   22,243 pekerja sektor pengangkutan udara mula terima vaksin

Menurut Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman, kesemua laporan polis itu dibuat di sekitar Lembah Klang sehingga jam 4.30 pagi Jumaat.

“Kami telah rekodkan sehingga jam 4.30 pagi tadi, 17 laporan polis telah dibuat terhadap UC Travel, dari segi siasatan kita akan teruskan sama ada berlaku penipuan atau tidak.

“Kita dah interview dia (pemilik) secara lisan, kita interview dia dan rekod keterangan dua perkara berlainan.

“Semalam kita sudah interview dia untuk dapatkan cerita, ekoran daripada report ini kita akan jalankan siasatan jika terdapat elemen tipu,” katanya lapor Astro AWANI.

Baca juga:   UPSI adakan aktiviti Go [email protected] Tiga

Tambah Imran, beliau tidak menolak lebih banyak laporan polis akan dibuat oleh pihak jemaah dari semasa ke semasa.

“Dia (pemilik) adalah suspek, kita akan panggil dia nanti. Report ini melibatkan banyak tempat, Setapak, Kajang, dan banyak tempat bukan hanya di KLIA sahaja.

“Report ini dibuat oleh jemaah Haji sendiri,” katanya lagi.

Jelasnya, kes disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Wartawan

Terkini

EMRAZ sasar 12,000 jemaah menerusi pembiayaan umrah AmBank Islamic

EMRAZ Travel & Tours (EMRAZ), sebuah agensi pelancongan dan pengendali umrah dan haji menyasarkan sebanyak 12,000 jemaah bakal menggunakan...

Lagi Artikel Berkaitan