27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

Suspek bunuh pasangan suami isteri diberkas di Genting Highlands

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan lanjut.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki yang diburu kerana disyaki terbabit kes pembunuhan sepasang suami isteri di Taman Bercham Aman, Bercham, Ipoh, Perak, semalam akhirnya ditahan di sebuah hotel di Genting Highlands malam tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, lelaki berusia 61 tahun itu diberkas pada pukul 7.45 malam bersama sebilah kapak yang dipercayai digunakan sebagai senjata untuk membunuh mangsa.

Menurutnya, ujian saringan air kencing telah dijalankan dan mendapati suspek bebas daripada pengaruh dadah.

“Semakan mendapati suspek memiliki satu rekod lampau dibawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   Pelajar, rakan ditahan bawa 96 bungkus air ketum

Ujar Mior lagi, dengan tertangkapnya suspek dan rampasan barang kes, polis berjaya menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh 11 jam selepas laporan diterima.

Menurutnya, kerjasama semua pihak termasuk polis Kontinjen Pahang, pengurusan Resort World Genting, media dan orang awam telah membantu sehingga suspek berjaya ditangkap dalam masa singkat.

Semalam media melaporkan mayat suami isteri berusia 64 dan 59 tahun itu dijumpai dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan kecederaan parah di kepala di ruang tamu rumah.

-EDISI9 

Terkini

Kanak-kanak 5 tahun maut, bapa, kakak parah nahas 2 kenderaan

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dalam kejadian kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Kesang Garing,...

Lagi Artikel Berkaitan