27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023

COVID-19: 4,020 kes baharu, tiga kematian direkod

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH jangkitan kes baharu COVID-19 terus melonjak kepada 4,020 kes pada Khamis berbanding 3,561 pada hari sebelumnya.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, daripada jumlah itu, sembilan daripadanya merupakan kes import.

Manakala kes aktif COVID-19 dalam negara ketika ini sebanyak 33,839 bertambah sebanyak 2,299 kes.

Portal COVIDNOW turut maklumkan, tiga kes kematian akibat COVID-19 dicatatkan.

Ia menjadikan jumlah kematian dalam negara ketika ini adalah 35,795.

Dua kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, 32,617 individu atau 96.4 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah.

Manakala 21 individu ditempatkan di PKRC.

Seramai 1,156 pesakit dirawat di hospital dengan 45 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).-Edisi 9

Wartawan

Terkini

DBKL gempur pusat pelacuran operasi bulan Ramadan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur tujuh pusat pelacuran yang beroperasi pada bulan Ramadan di sekitar Jalan Petaling, Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan