26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Siasatan pelajar caci soalan Sejarah SPM akan dipercepatkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS memberi jaminan akan mempercepatkan siasatan melibatkan dua pelajar sekolah yang ditahan dipercayai mengeluarkan kata-kata kesat berkaitan soalan subjek Sejarah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, tindakan penahanan yang dijalankan polis mengikut peruntukan undang-undang.

Menurutnya, semua pihak tertakluk kepada undang-undang termasuk pelajar.

“Siasatan dijalankan dengan segera berikutan kedua-dua suspek tersebut merupakan pelajar sekolah.

“Kedua-dua suspek ini direman dua hari berikutan proses merakam keterangan berkaitan kejadian dengan lebih teliti.

Advertisements

“Selain itu, polis turut menjalankan semakan melibatkan isi kandungan telefon bimbit yang dirampas serta mendapatkan laporan disiplin berkaitan suspek dari pihak sekolah,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi proses selanjutnya.

Pada Jumaat, dua pelajar sekolah menengah ditahan selepas dipercayai mengeluarkan kata-kata kesat berkaitan soalan subjek Sejarah SPM menerusi satu video tular baru-baru ini.

Suspek didakwa bertindak mengeluarkan kata-kata kesat ekoran didakwa tidak berpuas hati dengan soalan subjek Sejarah itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan