24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Filem Mat Kilau terima komen negatif lepas dua hari tayangan di Netflix

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CUTI Hari Malaysia dan hujung minggu, ramai yang belum menyaksikan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mengambil peluang menonton di platform penstriman digital Netflix.

Bagaimanapun baru dua hari ditayangkan filem berkenaan yang berjaya mengutip sebanyak RM90 juta itu mendapat reaksi negatif daripada penonton.

Tinjauan di Twitter mendapati, rata-rata penonton yang dipercayai baru pertama kali menonton filem itu di televisyen mendakwa kurang berpuas hati dengan kualiti filem tersebut.

Antara yang mendapat kritikan hebat ialah kualiti sinematografi babak aksi yang dikatakan kucar-kacir.

Tidak kurang juga yang berpendapat bagaimana filem ini meraih kutipan tinggi.

Selain itu, ada juga yang berpandangan skrip yang digunakan di dalam filem berkenaan kurang menarik.

Advertisements

Perbincangan mengenai kualiti filem itu juga menyebabkan kata kunci Mat Kilau menjadi sohor kini di Twitter dengan lebih 12,000 ciapan menggunakan kata kunci tersebut.

.
Antara tangkap layar komen daripada penonton mengenai Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan

“Baru habis tengok Mat Kilau. Sinematografi babak aksi kucar-kacir. Pelakon gerak sekali, kamera gerak 10 kali,” kata Burhan.

Just 2 minutes in #matkilau and i’m like weyh apahal dialogue macam zaman orang sekarang. This movie made milions? ” kata irrereejtable.

“I lasted 17:40 seconds into #matkilau. Betul cakap Burhan, pelakon gerak 1 fapi camera gerak 10. I have no idea how this movie got so much praise, ” kata Feeqachu

Terdahulu, filem arahan Syamsul Yusof itu mencipta sejarah apabila menjadi filem dengan jumlah kutipan paling tinggi dalam sejarah perfileman negara.

Selepas 33 hari ditayangkan di pawagam Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mengutip sebanyak RM90 juta mengatasi filem Avengers: End Game yang mengutip RM87 juta. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan