24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

PRU-15 tidak lama lagi, kata Ismail Sabri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membayangkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan dalam masa terdekat.

Tanpa menyebut tarikh sebenar, beliau hanya memaklumkan “sedikit lagi, tidak lama lagi.”

“Bila tarikhnya? Saya dan Presiden akan bincang. Sikit lagi, tidak lama lagi.

“Di hadapan pemimpin BN termasuk top 5, kita kena bincang-bincang cepat setelah melihat semangat semua Pemuda BN hari ini,” kata Naib Presiden UMNO itu.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) di Stadium Titiwangsa di Kuala Lumpur hari ini.

Ucapan itu sekali gus menerima teriakan dan tepukan 10,380 Pemuda BN yang memenuhi dewan tersebut yang menyebut ‘bubar, bubar’ yang merujuk pembubaran Parlimen ke-14.

Namun, Ismail Sabri menjelaskan, paling penting adalah kemenangan BN pada PRU-15 kerana tanpanya, parti boleh mengulangi situasi PRU-14 di mana partibitu tewas di tangan parti pembangkang buat kali pertama selepas 60 tahun.

Advertisements

Justeru, Ismail Sabri menggesa seluruh jentera BN termasuk Pemuda BN untuk mendekati pengundi muda di samping menjuarai media sosial.

“Kelemahan PRU-14, kita tidak mampu menjawab tohmahan pembangkang, hari ini mereka memfitnah kita dan kerajaan, jika gagal lagi, kita terima padah dan kesannya besar. Jadi Pemuda mesti menguasai peperangan maya.

“Kita turut menyaksikan pertambahan pengundi muda. Tetapi, sejauh mana engagement kita dengan mereka? Berapa ramai kita jumpa pelajar tingkatan enam? Berapa ramai kita pelajar universiti,” soalnya.

Ismail Sabri menambah, kerajaan mengumumkan pelbagai inisiatif untuk golongan muda dan Pemuda BN harus menerangkan perkara itu khususnya dalam media sosial.

“Jelas di mata saya Pemuda BN telah bangkit semula. Saya percaya tiada sesiapa boleh menyekat kebangkitan Pemuda.

“Saya yakin kita bersetuju untuk bubar Parlimen, kita Insya-Allah menang PRU15,” katanya.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan