34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

PM kongsi coretan manis, imbau kenangan ‘bercinta’ di McD

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkongsi coretan manis kenangan zaman bercinta dengan isterinya, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin menerusi ciapan ringkas di Twitter beliau.

“Malam tadi selepas program sambutan Hari Malaysia kami singgah di McD Air Keroh Melaka. Teringat waktu muda dulu.

“Kini kami dah jadi atok dan nenek. Namun yang pasti kami masih tetap bercinta,” katanya.

Mengingat kembali nostalgia zaman bercinta, Ismail Sabri berkata, beliau dan Datin Sri bercinta sejak bersekolah.

“Masa tu saya di Tingkatan 6 Atas dan Datin Sri di 6 Rendah.

“Tempat makan yang paling hebat sewaktu ‘dating’ ketika itu di ‘fast food’ restoran sahajalah. A&W, KFC dan lain lain.

“Kalau ‘time’ saya ada duit lebih, nak ‘up’ sikit saya bawa dia ke Colliseum Cafe,”katanya.

Sementara itu, coretan manisnya itu turut menerima pujian daripada rakyat Malaysia.

Menurut Mohd Azwan Jalil, semoga DSIS dan isteri kuat dan kekal sehingga ke jannah kasih sayang kasih sayang suami isteri dan isteri yang terbaik sentiasa di sisi suami.

Uncle Jahan pula berkata, wah bestnya.. saya teringin nak bercinta lagilah DS.

Sementara itu, seorang lagi netizen Ashraf Yad berkata, so sweet H. E Prime Minister.

“Wish you more happiness and prosperity in your rest life,” katanya.-Edisi 9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan