27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 21, 2023

SPM 2022: Mata pelajaran Sejarah tunjuk prestasi tertinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MATA pelajaran Sejarah menunjukkan peningkatan prestasi tertinggi, iaitu sebanyak 0.23 mata dalam mata pelajaran teras berdasarkan kepada prestasi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, prestasi bagi mata pelajaran teras lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik dan Sains juga telah menunjukkan peningkatan.

“Manakala, mata pelajaran Pendidikan Moral pula telah menunjukkan penurunan sebanyak 0.07 mata.

“Sebanyak 69 daripada 95 mata pelajaran telah mencatatkan peningkatan, manakala 24 mata pelajaran telah mencatatkan penurunan.

“Sementara itu, dua mata pelajaran telah menunjukkan prestasi tidak berubah atau kekal,”katanya pada Majlis Pengumuman SPM 2022 di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, peratus calon yang layak menerima sijil SPM 2022 juga telah menunjukkan peningkatan, kepada 91.6 peratus berbanding 88.1 peratus pada tahun 2021.

Katanya, peningkatan sebanyak 3.5 peratus ini juga merupakan pencapaian terbaik sejak syarat pensijilan 2013 diperkenalkan dan buat julung kalinya iaitu melebihi 90 peratus.

“Manakala, 75.8 peratus daripada 1,490 Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK), iaitu dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) layak memperoleh sijil SPM tahun 2022 berbanding 69.1 pertaus pada tahun 2021.

“Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 6.7 peratus iaitu 154 calon,”katanya.

Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM tahun 2022 yang lengkap boleh diakses menerusi portal Lembaga Peperiksaan di lp.moe.gov.my. – Edisi 9

Terkini

OP Jamin diteruskan, atasi kekurangan bekalan beras tempatan

PENGUATKUASAAN bersepadu melalui OP Jamin akan diteruskan bagi mengatasi kekurangan bekalan beras tempatan dengan segera dan seterusnya dapat dipulihkan,"kata...

Lagi Artikel Berkaitan