25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, December 1, 2023

Wanita rugi lebih RM130,000 terpedaya beli kereta terpakai

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita terpaksa berputih mata apabila mengalami kerugian wang sebanyak RM132,860 setelah terpedaya membuat pembelian sebuah kereta terpakai yang tidak wujud menerusi halaman Facebook baru-baru ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, mangsa telah melihat paparan iklan penjualan kereta terpakai di platform media sosial itu dan berminat untuk membelinya lalu menghubungi pemuat naik iklan tersebut.

“Suspek (penjual kereta) telah menghubungi mangsa melalui talian aplikasi WhatsApp dan memperkenalkan diri termasuk menghantar gambar kad pengenalannya untuk meyakinkan mangsa.

“Mangsa telah diminta untuk membuat pembayaran melalui perbankan dalam talian ke akaun bank yang telah diberikan oleh suspek,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Menurut Mohd. Yusri, suspek turut menyatakan bahawa mangsa tidak boleh membatalkan pembelian atas alasan insuran telah didaftarkan atas namanya dan sekiranya berlaku apa-apa, mangsa akan dipertanggungjawabkan.

“Disebabkan itu, mangsa telah membuat pembayaran melibatkan enam akaun bank dengan 25 kali transaksi melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM132,860.

“Mangsa hanya menyedari dirinya telah diperdaya setelah kehabisan wang dan ingin membuat pinjaman dengan rakannya yang kemudian memberitahu kepada bapa mangsa,” katanya.

Beliau berkata, bapa mangsa kemudiannya telah membawa anaknya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian untuk membuat laporan polis berhubung kejadian itu. – Edisi 9

Terkini

KKM rekod lima kes baharu cacar monyet

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) merekodkan lima kes baharu jangkitan cacar monyet dalam tempoh 31 Oktober hingga semalam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan...

Lagi Artikel Berkaitan