Thursday, June 4, 2026

PM ucap tahniah kepada pelajar SPM 2022

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada semua pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang menerima keputusan masing-masing hari ini.

Beliau berharap ia memberikan lonjakan bermakna untuk mendepani langkah seterusnya kepada mereka yang memperoleh keputusan cemerlang.

“Kepada yang tidak, ini bukan pengakhiran, sebaliknya harus bangkit kuat dengan tekad dan azam untuk cipta kejayaan baharu.

“Salut saya kepada ibu bapa dan warga pendidik yang berterusan beri dukungan kepada anak bangsa kita,”katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Seramai 10,109 calon SPM 2022 memperoleh keputusan cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali dilaporkan berkata pencapaian calon SPM pada 2022 lebih baik apabila merekodkan gred purata nasional (GPN) sebanyak 4.74 berbanding 4.86 tahun sebelumnya. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan