28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Wanita tular curi rantai, tidak mengaku bersalah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG jurujual wanita yang tular di media sosial berhubung kehilangan rantai emas kanak-kanak di Karnival Jom Heboh, Sabtu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini atas pertuduhan mencuri.

Nor Zannah Andi Baso, 36, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Nur Faizah Abdul Sani.

Mengikut pertuduhan, dia bersama seorang lagi yang masih bebas, didakwa mencuri rantai emas milik anak saudara seorang wanita berusia 26 tahun, di tapak karnival itu Stadium Shah Alam, pada jam 5.39 petang, Sabtu lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Zafirah Syed Mustapa mencadangkan tertuduh diberi diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam, Oon Guo Chen yang mewakili ibu kepada seorang anak itu, merayu agar kadar ikat jamin tersebut dikurangkan kerana dia baharu sahaja melahirkan bayi perempuannya, tiga bulan lalu.

Nur Faizah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 11 Ogos depan.

Pada 4 Jun lalu, media melaporkan, taktik seorang wanita mencuri rantai leher kanak-kanak di tapak Karnival Jom Heboh di Stadium Seksyen 13, terbongkar selepas tindakannya dirakam pada Sabtu. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan