25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

336,592 pelajar perempuan belum terima suntikan HPV

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 336,592 pelajar perempuan Tingkatan 1 kohort 2020 hingga 2022 belum menerima sebarang suntikan vaksin HPV setakat ini.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) komited untuk memastikan kesemua murid perempuan bagi kohort 2021, 2022 dan 2023 ini menerima vaksin HPV sebelum mereka menamatkan persekolahan.

“Pada 2021, KKM tidak dapat membuat perolehan bekalan vaksin HPV ekoran gangguan bekalan vaksin di peringkat global yang telah mengganggu pelaksanaan pemberiaan vaksin ini kepada pelajar Tingkatan 1 atau remaja yang berusia 13 tahun bermula 2021.

“Jadi dengan menggunakan baki stok vaksin yang ada pada 2020, seramai 34,933 orang iaitu hanya 15.7 peratus murid perempuan Tingkatan 1 kohort 2021 telah menerima dos vaksin pertama sahaja.

“Ini bermakna terdapat seramai 187,151 pelajar atau baki 84.3 peratus yang belum terima vaksin HPV untuk tahun kohort 2021,”katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Yeo Bee Yin (PH-Puchong) yang ingin mengetahui status terkini suntikan HPV untuk lebih daripada 500,000 kanak-kanak perempuan yang terlepas suntikan dari tahun 2020 hingga 2022 serta perolehan vaksin HPV yang telah diperuntukkan RM120 juta untuk tahun 2023.

Advertisements

Sementara itu, Dr Zaliha berkata, pada 2022, harga vaksin HPV telah meningkat sebanyak enam kali ganda dan hanya 100,000 dos vaksin HPV berjaya diperoleh pada Disember tahun lepas.

“Kesemua vaksin ini telah kita agihkan ke negeri-negeri untuk diberikan kepada murid sekolah Tingkatan 1 kohort 2021 yang belum terima vaksin.

“Berkenaan vaksin HPV yang telah diperuntukkan RM120 juta untuk tahun ini, KKM menjangkakan perolehan baharu ini akan dapat dimuktamadkan pada suku ketiga nanti,”katanya.

Dr Zaliha berkata, murid perempuan bagi kohort 2021 yang kini berada di Tingkatan 3 diberi keutamaan untuk pemberian vaksin HPV itu sebelum diberikan kepada kohort 2022 dan 2023 bergantung kepada jumlah vaksin yang diterima tahun ini.

Mengenai keciciran pemberian vaksin rutin mengikut Program Imunisasi Kebangsaan kepada kanak-kanak semasa negara dilanda COVID-19 pada 2020 hingga 2022, Dr Zaliha berkata, antara langkah yang diambil termasuk dengan menghubungi ibu bapa berdasarkan rekod yang ada di Klinik Kesihatan dan mengadakan lawatan ke rumah menerusi program ‘outreach’.

“Selain itu, kita juga mengadakan advokasi seperti pada Hari Imunisasi Kebangsaan yang diadakan setiap tahun untuk mengingatkan ibu bapa supaya anak-anak mereka mendapat imunisasi selain ‘engagemenet’ dengan beberapa pihak termasuk taska untuk memberi kesedaran,” katanya. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan