25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 8, 2022

Kes Covid-19 di Jepun cecah 209,694, tertinggi dalam sejarah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JEPUN merekodkan kes harian Covid-19 tertinggi dalam sejarah apabila sebanyak 209,694 kes dilaporkan semalam.

Pakar kesihatan menggesa “tindakan berjaga-jaga tahap maksimum” berikutan negara itu terus bergelut dengan gelombang ketujuh yang didorong varian Omicron BA.5.

Di sebalik peningkatan semula kes terbabit, negara itu tidak mengenakan sekatan pergerakan terhadap rakyatnya kerana Perdana Menteri Fumio Kishida sedang berusaha mengimbangi aktiviti sosioekonomi dan mengambil langkah pencegahan jangkitan daripada terus merebak, lapor Agensi Berita Kyodo.

Kira-kira 201,000 kes jangkitan direkodkan pada minggu lepas, dan angka kematian melebihi 100 orang untuk tempoh dua hari berturut-turut, menurut laporan kerajaan tempatan.

Pesakit yang mengalami simptom teruk mencecah 311, meningkat 40 orang berbanding Selasa, menurut kementerian kesihatan.

Jangkitan terus merebak dengan cepat. Kita mesti melihat dengan teliti (keadaan) dengan mengambil langkah berjaga-jaga tahap maksimum, termasuk terhadap sistem kesihatan,” menurut panel penasihat pakar kementerian itu.

Baca juga:   Bersatu setuju sertai Muafakat Nasional - Muhyiddin

Lebih separuh daripada 47 wilayah di negara itu mencatatkan peningkatan kes pada Rabu, termasuk Hokkaido dan Kyoto.

Tokyo melaporkan 29,036 kes COVID-19, manakala Osaka mencatat 21,860 jangkitan baharu dan meningkatkan tahap amaran kepada tiga, iaitu tertinggi sejak tiga bulan lalu.

Warga emas dinasihati untuk tidak keluar rumah atas urusan yang tidak penting kerana berisiko tinggi mengalami gejala yang teruk. – BERNAMA

Wartawan

Terkini

PN rampas kerusi Padang Serai, BN pertahan Tioman

PERIKATAN Nasional (PN) berjaya merampas kerusi Parlimen Padang Serai, Kedah manakala Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan