26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, February 14, 2025

PPIM desak kerajaan hapuskan subsidi bahan api

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak kerajaan agar menghapuskan subsidi bahan api, petroleum dan diesel bagi mengurangkan bebanan kewangan kerajaan.

Sebaliknya, Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan mencadangkan kerajaan memperluaskan skim subsidi bahan api tersebut dengan kaedah permohonan secara terus oleh pengguna.

Katanya, antara kaedah yang dilihat boleh menjadi medium permohonan adalah aplikasi MySejahtera atau dikembarkan bersama sistem cukai jalan negara di mana cukai jalan adalah mengikut keupayaan enjin dan subsidi boleh diberi dengan kaedah sama.

“Bayangkan golongan berpendapatan tinggi yang memiliki pelbagai jenis kenderaan boleh dapat subsidi minyak tidak kira berapa banyak pendapatan mereka.

Advertisements

“Jika golongan berpendapatan tinggi berasa tidak malu dan mahu mohon, silakanlah mohon tetapi pihak kerajaan harus bijak dalam menangani isu ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Nadzim, pada ketika ini, kerajaan terpaksa membelanjakan lebih RM3 bilion setahun untuk subsidi petrol sahaja.

“Jumlah itu sangat tinggi sedangkan golongan berkemampuan tidak sepatutnya menerima subsidi,” katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan ELTC dipeluas tingkat penguasaan BI guru, murid

PERANAN Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC) akan diperluaskan bagi meningkatkan penguasaai bahasa Inggeris dalam kalangan guru dan murid sekolah. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan