27.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 31, 2023

Kantoi sorok minyak paket bersubsidi bernilai RM10,000

Suspek didapati telah melakukan kesalahan di bawah Akta Bekalan 1961 KPDNHEP.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PASUKAN Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya membongkar kegiatan seorang lelaki yang menyorok minyak paket bersubsidi bernilai RM10,000 dalam dua serbuan di Endau, Mersing, Johor, semalam.

Dalam serbuan pertama pada pukul 7.15 malam itu, seorang lelaki tempatan ditahan di Jalan Dato Mohd. Ali, Endau.

Menurut Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Muhd. Zailani Abdullah, hasil soal siasat ke atas lelaki berkenaan mengaku merupakan pemilik sebuah lori satu tan.

“Pemeriksaan lanjut telah menemui beberapa kotak mengandungi peket minyak masak bersubsidi di dalam lori tersebut.

“Siasatan lanjut terhadap suspek telah membawa ke lokasi kedua sebuah stor di Jalan Haji Ariffin, Endau dan pemeriksaan telah menemui sejumlah kotak yang mengandungi peket minyak masak bersubsidi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Muhd. Zailani, suspek didapati telah melakukan kesalahan di bawah Akta Bekalan 1961 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Menurutnya, jumlah rampasan paket minyak masak bersubsidi adalah sebanyak 4,020 peket dengan nilai RM10,030 dan turut dirampas adalah sebuah lori.

Baca juga:   Polis cedera ditetak penagih di Shah Alam

“Suspek, lori dan minyak paket bersubsidi telah dibawa balik ke MT Mersing untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat dibawah Sek 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Pihak polis menyeru orang ramai agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah kepada pihak berkuasa dalam Negeri Johor terutamanya Pasukan Polis Marin Wilayah Dua ditalian 07-237 2221 atau 07-237 2222,” katanya lagi. 

Baca juga:   ‘Najib masih di Wad 21 HKL, tidak seceria sebelum ini’ – Peguam

-EDISI9

Wartawan

Terkini

RM51.8 juta hasil jualan inovasi menerusi NTIS

SEBANYAK RM51.8 juta hasil jualan inovasi tempatan dijana melalui Sandbox Teknologi & Inovasi Negara (NTIS). NTIS diterajui oleh Kementerian Sains,...

Lagi Artikel Berkaitan