31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

RM274 juta peruntukan khusus buat masyarakat Orang Asli

Peruntukan itu meningkat RM37.8 juta berbanding peruntukan tahun lalu iaitu sebanyak RM236.2 juta.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan sejumlah RM274 juta kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dalam usaha mendokong pembangunan kemajuan masyarakat Orang Asli. 

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, peruntukan itu meningkat RM37.8 juta berbanding peruntukan tahun lalu iaitu sebanyak RM236.2 juta.

“Jumlah berkenaan itu merangkumi peruntukan Pembangunan RM113.8 juta, Dasar Sedia Ada RM67.1 juta, Program Khusus RM90 juta dan pelaksanaan Program Kelas Dewasa Ibu Bapa Orang Asli & Penan atau KEDAP sebanyak RM3 juta.

“Peruntukan yang disediakan ini menunjukkan Kerajaan Keluarga Malaysia begitu komited dalam memastikan tiada satu pun daripada rakyat Malaysia terpinggir daripada menerima pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Majlis Perhimpunan Perdana Batin/Penghulu Orang Asli bersama Pemimpin di Ibu Negara hari ini. 

Turut hadir, Timbalan Menteri I KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Timbalan Menteri II KPLB, Datuk Hasbi Habibollah, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun dan Ketua Pengarah JAKOA, Sapiah Dato’ Mohd Nor. 

Jelas Mahdzir, peruntukan besar itu sekaligus menafikan tohmahan terhadap kerajaan meminggirkan keperluan masyarakat Orang Asli di negara ini.

Sebaliknya kerajaan kata Mahdzir, meletakkan harapan yang tinggi kepada kepimpinan masyarakat Orang Asli untuk membantu Kerajaan dalam mencorak masa depan masyarakat Orang Asli.

“Pada masa yang sama, kerajaan turut berharap Batin dan Penghulu Orang Asli memainkan peranan sebagai ejen penghubung diantara masyarakat Orang Asli dengan agensi kerajaan, swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

“Dengan adanya pemimpin yang dilantik dalam kalangan komuniti Orang Asli sendiri, saya percaya bahawa masa depan masyarakat Orang Asli terpelihara,” katanya.

Selain itu menurut Mahdzir, kerajaan turut membelanjakan sejumlah RM6.5 juta setahun bagi membayar elaun bulanan kepada Batin dan Penghulu.

“Di pihak JAKOA pula sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan, sentiasa mencari ruang kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta untuk manfaat kepada masyarakat Orang Asli.

Sementara itu, pada majlis yang sama Mahdzir turut merasmikan Kad Pengenalan Tauliah Batin yang pertama kali diperkenalkan.

Penggunaan Kad Pengenalan itu bakal memudahkan pengecaman kuasa Batin dan Penghulu Orang Asli.

Selain memberikan keistimewaan tertentu kepada Batin dan Penghulu Orang Asli menerusi kerjasama dengan Maraliner, Bank Rakyat dan Aeon Big.

Untuk rekod, JAKOA melantik seramai 624 orang sebagai Batin dan Penghulu bagi mewakili 206,777 masyarakat Orang Asli pelbagai suku di seluruh negara.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan