E-mel PembacaSlider Updated: 22 July 2022 RUU Antigangguan Seksual: Antara cabul dan bacul By Editor Edisi 9 22 July 2022 806 0 Share FacebookTwitterWhatsAppTelegram Mesti Baca Editor Edisi 9Editor Edisi 9 Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman didakwa menggunakan kata-kata kurang sopan ketika berbahas di Dewan Rakyat baru-baru ini. - Sumber; Bernama Saudara PengarangTANGGAL 20 Julai 2022 harus diingat sebagai tarikh penting. Parlimen Malaysia, selepas lama bertarik tali, akhirnya meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Antigangguan Seksual (AGS 2021) semasa bacaan ketiganya.RUU tersebut antara lain akan memperuntukkan kuasa kepada tribunal khas untuk membuat perintah dan ketetapan seperti permohonan maaf kepada mangsa serta pemberian pampasan tidak melebihi RM250,000.Malah, prosiding dan pendengaran oleh tribunal tersebut akan dilakukan secara tertutup.Kelulusan sebulat suara tersebut adalah satu pencapaian yang baik.Dewan Rakyat yang mulia akhirnya bertegas mengangkat prinsip dan pendirian negara kita.Tentang nilai dan maruah diri, tentang kehormatan, tentang hina dan jahatnya perilaku yang bersifat mencabul baik secara fizikal mahupun lisan.Malangnya, saat sejarah itu terakam, berlaku ‘pencabulan’ secara terang-terangan di depan mata semua.Sekali pun ‘pencabulan’ ini tidak bersifat seksual secara langsung tetapi cukup untuk melondehkan nilai dan maruah diri serta sebarang kehormatan yang selayaknya ada pada seseorang individu.Khususnya pada mereka yang bergelar wakil rakyat, pengisi dan ahli kepada Dewan yang mulia.Apabila menyebut Parlimen, yang terbayang dalam fikiran kita adalah kepetahan berbahas, ketinggian akal budi dan ketajaman pemikiran para pemimpin yang akan berhujah dengan penuh keanggunan politik atau apa yang saya gelar sebagai ‘political élan’.Sejujurnya, keanggunan budi bahasa dan ketajaman pemikiran bukan perkara lazim dalam Parlimen Malaysia yang sering menjadi kandang sarkas.Di sinilah ketidakmatangan paling mudah dilihat. Di sinilah sikap kebudak-budakan paling menyeramkan akan terserlah.Kenyataan-kenyataan yang bersifat unparliamentary (perkataan atau perbuatan yang dilarang oleh Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang dibuat mengikut Perkara 62(1) Perlembagaan Persekutuan), berbaur rasisme, seksisme dan kebiadaban tahap tinggi sering sahaja mengganggu sidang perbahasan Parlimen Malaysia.Semasa sidang Dewan Rakyat pada 5 Oktober hingga 7 Disember 2019 misalnya, perkataan ‘bodoh’ digunakan hampir 140 kali.Mohamed Hanipa Maidin (Amanah–Sepang) pernah menyindir dan mempersenda jantina Datuk Seri Azalina Othman Said (UMNO-Pengerang) semasa sidang Parlimen pada 9 Oktober 2019.Kenyataan ‘wanita bocor setiap bulan’ oleh Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) pada tahun 2007 begitu biadap sehinggakan pada November 2012, Peraturan 36(4) di bawah Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat berkenaan Isi-isi Ucapan telah dipinda dengan memperuntukkan bahawa ‘Adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan (biadab) atau membuat pernyataan yang seksis.’Dalam perbahasan yang baharu selesai semalam pula, seperti biasa, sarkas dibuka bingit dengan tuding menuding, gelar menggelar, hina menghina, jerit menjerit. Advertisements Sikap baculIsu dan jenayah cabul yang menjadi subjek bahas itu sememangnya mudah difahami.Namun, ramai antara Ahli Parlimen kita sebenarnya gagal memahami satu lagi perkara yang lebih besar.Betapa tindak tanduk yang biadap dan kematangan separas lutut dalam amalan bernegara sebetulnya juga satu bentuk pencabulan.Dewan Rakyat, forum yang seharusnya menjadi wahana masyarakat bertamadun menguruskan kehidupan dan menterjemahkan tata kelola negara secara tersusun, sudah menjadi tidak lebih dari sekadar sarkas jalanan bermusim yang mengundang kebencian dan rasa mual.Kerancuannya berada pada tahap membimbangkan.Pada saya, dalam membahaskan tentang jenayah cabul, segelintirnya bersikap bacul. Bacul dalam segenap makna yang dibawakan istilah ini.Bacul kerana masih dengan tabiat menghina dan menyerang peribadi lawan.Bacul kerana terus menerus menjerit dan menengking bukan pada isu yang sedang dibahaskan. Bacul kerana saat sebuah RUU yang menyentuh kemaslahatan masyarakat dan negara dibahaskan, fokus dan tenaga tetap dibazirkan kepada individu dan perkara yang dilihat daripada lensa politik dan parti sendiri semata-mata.Sesetengahnya itu, harapkan songkok sahaja besar (dan senget) sekelumit pun tiada nilai yang dibawa.Egonya, maha. Ilmunya, hama. Sebab itulah inti pati ucapannya hanya dua. Mengarut dan mencarut.Barangkali inilah sebabnya orang dulu-dulu membuat pengamatan dalam ungkapan peribahasa ‘harap lenggang serdadu, destar teleng, bekerja kurang’.Harapkan lagak sahaja kencang, suara sahaja lantang, namun isi dan nilai kerjanya kontang.Sesetengah Ahli Parlimen kita ini sebenarnya sudah terlalu selesa dengan perkara-perkara yang sepatutnya menimbulkan rasa tidak selesa.Mereka sudah terlalu kerap memalukan dan dimalukan sehingga sudah mangli dan hilang sebarang rasa malu dalam diri.Selepas sesi perbahasan Dewan Rakyat semalam, kita belajar dua perkara. Apa itu cabul dan apa itu bacul.Kedua-duanya kotor. Kedua-duanya tohor. Layak kita tentang habis-habisan. MOHD DAUD MAT DINKuala LumpurRelated posts:Dewan Rakyat lulus pindaan Akta 588 secara berbelah bahagiDewan Rakyat lulus pindaan Akta Audit, libatkan lima prinsipDewan Rakyat belum terima notis, 6 wakil rakyat sokong PM kekalDewan Rakyat lulus RUU Pindaan AUKU 2023Tidak perlu pemetaan semula perairan Johor-Singapura - KLN Advertisements TagsCabulDewan RakyatRUU Antigangguan Seksual Share FacebookTwitterWhatsAppTelegram Previous articleKantoi sorok minyak paket bersubsidi bernilai RM10,000Next articlePolis cari pemilik akaun TikTok, bantu siasatan MPV ambil suapan Terkini SukanWartawan Edisi 9 - 18 January 2025Terbuka India: Izzuddin-Sze Fei wakil tunggal Malaysia ke ‘final’ AKHIRNYA kem badminton negara boleh melakar senyuman di Kompleks Sukan Indra Gandhi, New Delhi apabila Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze... Umum Syarat syarikat pelancongan tawar pakej haji, umrah diperketat Wartawan Edisi 9 - 18 January 2025 Umum CEPA buka laluan kerjasama lebih luas antara ASEAN, GCC Fazrina K - 18 January 2025 Pendapat SSPA dan impak terhadap kos sara hidup di Malaysia Editor - 18 January 2025 Sukan Lima beregu melangkah bergaya ke separuh akhir Terbuka India Wartawan Edisi 9 - 17 January 2025 Lagi Artikel Berkaitan Bahasa Melayu identiti negara yang sepatutnya dipertahankan E-mel Pembaca Editor - 2 December 2024 Transformasi pendidikan: Dari tradisi ke ‘Education 5.0’ E-mel Pembaca Editor - 18 November 2024 5 tahun pasca-COVID-19: Cabaran dalam sistem pendidikan E-mel Pembaca Editor - 8 September 2024 Memerdekakan institusi raja daripada diremehkan parti politik E-mel Pembaca Editor - 3 September 2024