29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Polis cari pemilik akaun TikTok, bantu siasatan MPV ambil suapan

Pihaknya mengesan video tular pendek berdurasi 31 saat dimuat naik oleh pemilik akaun Tik Tok tersebut semalam.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS kini mengesan pemilik akaun TikTok @stickerpro_my berhubung satu rakaman video yang menunjukkan sebuah kereta peronda polis (MPV) mengambil suapan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya mengesan video tular pendek berdurasi 31 saat dimuat naik oleh pemilik akaun Tik Tok tersebut semalam di lokasi berhampiran sebuah stesen minyak Shell.

Menurutnya, hasil siasatan serta penelitian awal terhadap klip video berkenaan mendapati kejadian berkenaan mungkin berlaku di Stesen Minyak Shell Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban, menghala ke pusat bandar berhampiran pintu gerbang sempadan Kuala Lumpur-Selangor.

“Usaha untuk mengesan serta mengambil keterangan pemilik akaun Tik Tok berkenaan sedang dijalankan bagi membantu siasatan.

“Pihak polis menyeru pemilik akaun Tik Tok tersebut mahupun orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan tarikh dan masa kejadian serta nombor pendaftaran Kereta Peronda Polis berkenaan untuk tampil ke hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amihizam berkata, sebarang maklumat boleh disalurkan melalui Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana mana balai polis yang berdekatan.

-EDISI9

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan