24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Rizal mengaku tidak bersalah hantar komunikasi jelik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGASAS dan pemilik bersama sebuah kelab komedi mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menghantar komunikasi jelik di Mahkamah Seksyen Jenayah Siber di Kuala Lumpur hari ini.

Tertuduh, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nor Hasniah Abdul Razak.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua tiga pertuduhan.

Tertuduh turut diperintah menyerahkan pasport serta tidak membuat sebarang komen di media sosial berkenaan kes dihadapinya.

Mengikut pertuduhan pertama, dia dituduh secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain menerusi satu pautan menerusi aplikasi Facebook pada jam 11.23 malam, 4 Julai lalu.

Advertisements

Manakala bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama menerusi laman profil Instagram dan Tiktok miliknya pada 6 dan 5 Julai 2022.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali, dan didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan bagi setiap pertuduhan di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta komunikasi dan Multimedia (Akta 588).

Hakim menetapkan 19 Ogos untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Noor Haslinda Che Seman dan Nurul Ain Abu Bakar, manakala tertuduh diwakili peguam Ram Karpal Singh. – Bernama

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan