Saturday, June 13, 2026

Hanya si kecil enggan makan, ibu pukul dengan penyapu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HANYA kerana si kecil enggan makan, si ibu sanggup memukul anak lelakinya itu dengan menggunakan batang penyapu.

Tindakan wanita terbabit tular menerusi sebuah rakaman video yang berdurasi 0.23 saat.

Insiden tersebut ternyata mendapat kecaman hebat orang ramai dan rata-ratanya mendesak pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap individu terlibat kerana ia dipercayai penderaan terhadap kanak-kanak.

Menerusi perkongsian beberapa pengguna di media sosial, difahamkan kejadian tersebut berlaku di Eco Majestic, Semenyih dan kanak-kanak terbabit merupakan anak angkat kepada wanita itu.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan orang ramai berhubung video tular tersebut.

“Ambil tindakan segera, kanak-kanak itu baru berusia tiga tahun, dipukulnya guna batang penyapu dengan mulut kanak-kanak itu pun penuh makanan, nak tegur makan pun, bukan begini caranya,” ujar seorang pengguna.

“Masa nak ambil anak angkat, dikatanya sayang, kesian, bila dah jaga, kau buat macam bintang, suka hati pukul sampai lebam, bengkak satu badan budak itu,” kata pengguna lain.

Pengguna lain pula berkata, Ya Allah, sanggup buat anak begitu.

“Family dia takde otak eh?? Otak tinggal di pelupusan sampah. Semua tengok je mak dia biat begitu kat anak dia,” kata pengguna. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan