27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Dewan Rakyat lulus RUU Pindaan AUKU 2023

Mesti Baca

DEWAN Rakyat hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) (Pindaan) 2023 setelah dibacakan buat kali kedua dan ketiga Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkata, seramai 23 ahli Parlimen telah mengambil bahagian dalam perbahasan.

Katanya, antara topik paling banyak disentuh dan dibangkitkan adalah mengenai jawatankuasa tatatertib pelajar, pengurusan kewangan persatuan serta tempoh pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

“Pindaan ini adalah hasil daripada beberapa siri libat urus yang dilaksana KPT dengan kepimpinan pelajar universiti awam (UA) semenjak tahun 2021 sehingga kini.

“Ia merupakan antara langkah progresif yang dilaksanakan kerajaan untuk membugar budaya berorganisasi dan menyegarkan gerakan pelajar sesuai dengan keupayaan mereka untuk mengurus kedewasaan dan kematangan diri,” kata KPT dalam kenyataan.

Secara keseluruhan, RUU ini mengandungi lima fasal yang melibatkan enam peruntukan iaitu Seksyen 15A iaitu memberi kebenaran kepada MPP dan Badan Pelajar untuk memungut wang atau menerima sumbangan lain serta Seksyen 16B iaitu Pertukaran Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar Universiti.

Advertisements

Selain itu, pindaan juga membabitkan Seksyen 48(4) Jadual Pertama iaitu Tempoh lantikan Majlis Perwakilan Pelajar berdasarkan kalendar akademik dan Seksyen 48(11) Jadual Pertama iaitu Majlis Perwakilan Pelajar dibenarkan untuk menyenggara kumpulan wang (akaun).

Seksyen 48(12A) Jadual Pertama iaitu kuasa kepada Lembaga untuk membuat peraturan berkaitan pemungutan wang di Seksyen 15A dan Seksyen 49(2) Jadual Pertama iaitu pemakaian peruntukan-peruntukan Seksyen 48 MPP kepada Badan Pelajar lain.

Zambry menerusi Facebook berkata, penambahbaikan kepada Seksyen 15A dilaksanakan bagi membenarkan MPP dan Badan Pelajar memungut wang dan menerima sumbangan dalam apa cara sekali pun bergantung kepada peraturan dan undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa.

“Memindahkan kuasa Pihak Berkuasa Tatatertib daripada Naib Canselor kepada Jawatankuasa Tatatertib Pelajar agar ia mencerminkan amalan semasa di universiti awam.

“Peruntukan Seksyen 48(4) Jadual Pertama telah dimasukkan bagi tempoh lantikan MPP dipinda daripada satu tahun kepada satu tahun “akademik”,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan