27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Stoking kalimah Allah: Ambil tindakan tegas – Tunku Ismail

Mesti Baca

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Ismail Ibrahim hari ini menggesa pihak berkuasa agar mengambil tindakan tegas berhubung isu penjualan stoking dengan kalimah Allah di rangkaian kedai serbaneka baru-baru ini.

Titah baginda, isu tersebut tidak boleh dipandang remeh kerana kalimah Allah adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam.

“Berkenaan isu baru-baru ini, saya menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas mengenai isu berkenaan dan memastikan isu seperti ini tidak akan berulang lagi.

“Isu ini tidak boleh dipandang remeh. Saya memandang serius isu ini dan berharap perkara ini tidak mengganggu gugat keharmonian negara,” titah baginda menerusi ciapan di platform X hari ini.

Baru-baru ini sebuah kedai rangkaian serbaneka terkenal, KK Mart didapati telah menjual stoking tertera kalimah Allah di salah satu premisnya di Bandar Sunway, Petaling Jaya.

Advertisements

Insiden tersebut telah mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini dan gerakan untuk memboikot rangkaian kedai serbaneka tersebut telah dilakukan.

Ekoran itu, pengasas yang juga Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart, Datuk Seri Dr KK Chai dalam satu sidang media menangis dan merayu orang ramai agar tidak memboikot rangkaian kedai serbanekanya ekoran isu stoking kalimah Allah.

Chai berkata, beliau sedia berjumpa dengan pihak-pihak berkenaan termasuk Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh bagi menjelaskan perkara tersebut.

Beliau menyifatkan insiden tersebut sebagai sesuatu yang tidak dijangkakan oleh pihaknya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan