30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 24, 2025

Cahill bukan CEO pasukan kebangsaan – Tunku Ismail

Mesti Baca

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengesahkan bahawa Tim Cahill bukan individu yang bakal mengisi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan kebangsaan negara.

Sebaliknya, bekas penyerang pasukan kebangsaan Australia itu adalah penasihat peribadi baginda berkaitan sukan dan hubungan antarabangsa.

“Lelaki ini, Tim Cahill bukan CEO pasukan kebangsaan Malaysia. Beliau adalah penasihat peribadi saya untuk sukan dan hubungan antarabangsa,” titah baginda menerusi Instastory hari ini.

Nama bekas pemain Everton itu dikaitkan dengan jawatan tersebut selepas Tunku Mahkota Ismail mendedahkan ciri-ciri CEO pasukan kebangsaan itu.

Baginda bertitah, seorang CEO yang bakal menerajui pentadbiran skuad Harimau Malaya itu adalah individu yang memahami bola sepak dan selok-belok sukan tersebut secara profesional.

Titah baginda, ini agar dapat menghubungkan aspek teknikal, komersial dan hubungan antara personal dalam bola sepak.

“Beliau juga mempunyai rangkaian yang kukuh dalam industri bola sepak dengan hubungan erat bersama individu-individu berjaya dalam sukan ini bagi merangka hala tuju Harimau Malaya.

“Beliau mestilah seorang yang bukan sahaja pernah bermain di peringkat tertinggi tetapi juga seorang usahawan yang mampu memacu kepentingan komersial Harimau Malaya,” titah Tunku Mahkota Ismail.

Advertisements

Selain itu, titah baginda, calon CEO itu juga berupaya memberi nasihat kepada Liga Malaysia berkenaan dasar-dasar yang boleh secara langsung dan tidak langsung meningkatkan kedudukan pasukan kebangsaan.

Ini kerana liga yang kuat dengan lebih banyak pasukan yang diuruskan dengan baik akan meningkatkan lagi standard bola sepak Malaysia, titah baginda.

Bagi jawatan pengarah kecergasan dan perubatan pula, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu memberi jaminan calon yang dipilih merupakan seorang yang berprestasi tinggi.

“Dia merupakan seorang doktor yang profesional dan mempunyai pengalaman dengan pasukan Piala Dunia, bukan seorang doktor yang tiada apa-apa pencapaian,” titah baginda.

Revolusi skuad Harimau Malaya yang diketuai Tunku Mahkota Ismail bermula apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan pelantikan bekas pengurus FC Tokyo, Peter Cklamovski sebagai Ketua Jurulatih yang baharu.

Turut dilantik bekas Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC dan Terengganu FC, Nafuzi Zain sebagai pengendali skuad Bawah 23 Tahun kebangsaan.

FAM juga akan membuat perubahan dan pembaharuan untuk memantapkan aspek pengurusan, penggunaan teknologi dan perubatan untuk para pemain kebangsaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Diskaun 50 peratus bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina

KERAJAAN hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus daripada kadar  biasa sempena perayaan Tahun Baru Cina 2025,...

Lagi Artikel Berkaitan