23.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

Bergson, Hidalgo bakal sarung jersi Harimau Malaya?

Mesti Baca

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim hari memberi bayangan dua tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menjadi pemain naturalisasi terbaru dan sekali gus berpeluang menyertai skuad Harimau Malaya.

Kedua-dua pemain tersebut, Bergson Da Silva dan Manuel Hidalgo, sekiranya memperoleh status tersebut, bakal memperkuatkan jentera skuad kebangsaan itu.

Pemilik JDT itu berkata, Bergson bakal melengkapkan syarat bermain di negara ini selama lima tahun tidak lama lagi dan begitu juga Hidalgo yang kini dipinjamkan ke Sri Pahang FC.

Bergson, 33, menyertai JDT secara pinjaman daripada Fortaleza pada 2021 sebelum pemain kelahiran Brazil itu diserap sebagai pemain tetap kelab tersebut pada musim yang sama.

Manakala Hidalgo, 25, pula bersama Sri Pahang pada musim 2021-2022 setelah berpindah dari Sheffield Wednesday sebelum pemain dari Argentina itu menyertai Kedah Darul Aman FC musim berikutnya dan kemudian diikat oleh JDT musim ini.

Tunku Ismail juga menyatakan keyakinan tentang peluang Harimau Malaya untuk beraksi dalam Piala Asia 2027 dengan para pemain yang ada serta ketua jurulatih baharu yang akan tiba tidak lama lagi.

“Sistem atau falsafah yang sesuai dengan pemain yang ada. Lebih kemas, menyerang dan bertahan sebagai satu pasukan. Disiplin adalah kunci. Insya-ALLAH boleh,” titah baginda menerusi platform X hari ini.

Advertisements

Baginda bertitah, jurulatih baharu dan pengarah sukan pasukan kebangsaan kini sedang mengumpul data para pemain Malaysia dalam Liga Super dan mereka yang berada di luar negara.

“Ia tidak mudah dan memerlukan masa tetapi kita perlu mulakan sekarang termasuk pembangunan rangka kerja untuk jangka panjang,” katanya.

Undian kelayakan Piala Asia 2027 menyaksikan skuad negara diundi bersama Vietnam, Nepal dan Laos dalam Kumpulan F yang berlangsung hari ini.

Hanya juara kumpulan akan layak untuk beraksi dalam kejohanan yang akan berlangsung di Arab Saudi.

Minggu pengendali sementara Harimau Malaya, Pau Marti Vecente mengumumkan bahawa Piala Mitsubishi Electric ASEAN yang sedang berlangsung merupakn tugasan terakhirnya bersama skuad kebangsaan.

Katanya, ini bagi memberi laluan kepada proses penstrukturan baharu pasukan kebangsaan yang turut membabitkan barisan kejurulatihan baharu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan SARA disalur kepada 700,000 penerima mulai esok

DALAM usaha berterusan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Lagi Artikel Berkaitan